Sepanjang bulan Ramadhan @ puasa, adakah anda percaya bahawa perbelanjaan kita akan bertambah berkali-kali ganda walaupun kita hanya makan dua kali sahaja semasa berbuka dan bersahur? Mmmmmm ada juga sambung makan dengan buah dan sedikit kuih manis selepas terawih.
Itu belum masuk perbelanjaan yang diperlukan untuk persiapan 1 Syawal, kemudiannya sepanjang bulan Raya bila nak buat rumah terbuka. Bagaimana cara nak berjimat sepanjang bulan puasa ni?
Ikut cara aku, memang mudah sahaja. Aku ni berbuka seorang diri sahaja, lima minit dan selesai urusan berbuka puasa sebab aku berbuka puasa mengadap dinding, bukan mengadap TV. Jadi, kusyuk je telan makanan tak pandang kiri kanan hu huh uhu
Bila anda berbuka puasa berseorangan, beli makanan siap masak adalah cara paling murah dan jimat kos kecuali tekak anda boleh berbuka dan bersahur dengan hidangan yang sama. Tapi kena tanggung risikolah andai tekak tak mampu terima juadah di bazar Ramadhan. Sebenarnya memasak sendiri hidangan anda kos lebih tinggi kerana harga barang mentah dan buah bukan main lagi mahalnya. Itu kalau makan sorang macam aku. Kalau ahli keluarga panjang macam keretapi, masak lagi jimat. Untuk beli barang mentah yang sihat, tidak berapa banyak barang yang beli pun harganya hampir seratus. Kalau beli dua bungkus nasi, baru RM12. Itu kalau beli 2 bungkus sahaja huhuhuhusatu untuk berbuka satu untuk sahur. Boleh ke soalnya. Tanyalah hati sendiri!
Risiko juga bila berbelanja di bazar ramadhan ni...pergi pulak masa lapar kan. Semua benda yang nampak kelihatan sedap aje. Terasa nak belaka. Hanya masalah aku ni bila ke bazar ramadhan tu...tak tahu nak beli apa hu huhuhu tak terpengaruh pun dengan apa yang dijual, melainkan bazar ramadhan di Kelantan. Yang tu memang aku boleh hilang ingatan punggah je semua mak nenek yang aku nak huh u huhu fuhhhhhh!!! Tak sabar nak balik kampung pergi bazar ramadhan!
Namun, jika anda boleh telan menu yang sama untuk berbuka dan sahur, boleh sahaja. Jeranglah nasi satu pot, boleh makan dua kali. Seikat sayur kangkung RM2, dan dua ekor ikan kembung. Kalau rajin, ikan kembung goreng untuk berbuka boleh ditambah perisa menjadi ikan kembung masak kicap untuk sahur.
Untuk kuih pula, aku beli kuih frozen. Kalau goreng karipap 3 biji pun dah cukup. Hujung minggu boleh buat bubur kacang seperiuk yang akan dimasukkan dalam beberapa buah taperware dan simpan dalam peti ais, cukup untuk sebulan. Sekali makan satu taperware, tak payah kacau yang lain. Boleh elak makanan rosak bila buat gitu.
Tapi, aku lebih suka buah. Sekarang musim mangga, kalau bukan waktu puasa, aku akan kupas dua biji mangga sehari. Beli pasar malam, harganya boleh dapat 3kg untuk nilai RM10. Mmmmm nak tengok musim puasa ni pulak, manalah tahu harga mangga menjunam jatuh. Raya sakan aku hu huhuhuhu tak payah beli kuih muih dah.
Setiap kali ramadhan, biasanya aku hanya berbuka dengan kurma, sedikit kuih atau roti john sahaja. Paling malas aku buat cekodok bawang. Sahur baru makan nasi dengan satu lauk dan satu sayur. Sangat sederhana. Namun, bila berbuka dengan kawan-kawan atau keluarga, contohnya adik dan adik ipar datang berbuka kat rumah, aku masaklah meriah sikit. Masak siakap tiga rasa ke, sup ke, paling malas pun buatlah ayam masak merah. Mana boleh bagi orang ikut cara kita berbuka, lagi pula meraikan tetamu. Kalau lauk yang dimasak itu masih banyak lagi, bungkuskan untuk mereka bawa balik, sahur nanti tak payah masak dah.
Itu sahaja cara aku berjimat cermat. Bukan berkira dengan diri sendiri tetapi tak mahu berlebihan membazir. Juga nak didik hati agar sentiasa mensyukuri seadanya setiap rezeki yang ada. Bila dah makin tua ni, nafsu nak makan banyak benda tu dah terhad...tapi kalau balik kampung, bukan main semarak lagi kobaran perasaannya huhu hu hu dogaan namanya tu!!