Khamis, 31 Mei 2012

Isteri Peneroka Bakal Terima Durian Runtuh RM5K Julai Ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
Dah umumkan pemberian RM5,000 kepada isteri peneroka
akan dilakukan pada 7 Julai ini iaitu sempena Hari Peneroka dan
perasmian Menara Felda yang baru.

Wahhhhhhhhhhhh makcik makcik felda sedang senyum lebar sepanjang hari ni
Mmmm dah boleh berangan beli rantai emas besar tu hu hu hu


Salah Umum Pemenang Ketika Siaran Langsung


Kita biasa tengok siaran langsung kan?
Sebenarnya bukan senang nak buat siaran langsung ni
Selain kos yang besar, ada masa kesilapan yang berlaku payah nak selindung
Terutama kalau umumkan pemenang ni
Kalau salah umum, kesian tau
Penat je orang yang diumumkan sebagai pemenang tu bergembira
Siap peluk bagai, bagi ucapan segala
Tetiba pulak didapati salah umum
Alaaaa sama kes macam Yuna kena pulangkan semula piala kemenangan
Lagu Penakut kepada Anuar Zain tu jugalah kan...

Jom kita lihat, macam mana rupanya ssambut kemenangan tak sampai seminitpun
Kemudian ditarik balik kemenangan tu
Dan umumkan orang lain pulak yang menang




Hu hu hu sangat kasihan!
Untung pun ada jugak...leh la rasa sekejab jadi pemenang


WYY 9999 Pula Akan Jadi Rebutan


Semalam, lepas berbuka lepak gaya mak sidugong yang kekenyangan
tak mampu dah nak angkat perut yang terlebih pengisian
walaupun mihun goreng tu tak sedap,
serius memang aku masak tak sedap semalam hanya satu sebab sahaja:
tak ada sekeratpun cilinya, tak rasa pedas langsung…lupa beli cili sayang oiii
tapi, langsai jugak satu kuali…kalau sedap,
tak tau lah berapa kuali akan habis huh u hu
sambil tengok berita utama, sambil juga baca akhbar online
sambil menduyongkan diri baca ajelah apa-apa yang patut

Sehari dua lepas heboh pasal bidaan nombor WWW 1
yang akhirnya dimenangi Sultan Johor pada harga RM520,000
semalam kecoh lagi bila Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
dalam Twitternya mengkritik baginda sultan bahawa jumlah wang yang besar itu
boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.
[aku di selangor ni pun perlu rumah jugak...sini mahal wehhh!]
Akhirnya Nizar memohon maaf dengan kritikan berkenaan apabila…
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa
kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil sesen pun duit daripada kerajaan
sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.
Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, baginda bertitah;
perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
atau mana-mana pegawai kerajaan.

Tempoh pemerintahan Kesultanan Johor dari era Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar
hingga kini adalah selama 117 tahun, Almarhum Sultan Ibrahim memerintah Johor
dari 1895 hingga 1959, Semua wang yang diperuntukkan oleh kerajaan
sultan Johor dan kerabatnya setiap bulan telah disalurkan kepada
Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Berikutan isu ini, Nizar akan disiasat
Oleh SKMM kerana kenyataan berunsur hasutan, walaupun Nizar mengatakan
Kritikan itu bukan hasutan
Kalau Tanya aku yang bukan bijak dalam dunia undang-undang ni
Nizar juga boleh diklasifikasikan dengan fitnah
Itu kalau akulah…nasib baik aku tak terlibat dalam bidang undang-undang
Kalau tak, lagi banyak akta dia kena huh u hu
Bukan dia je, orang lainpun sama ya…
Bila nak menulis di twitter, blog atau FB…sila pastikan kesahihan berita ya

Opsssss! Itu intronya…entri ni sebenarnya nak cerita pasal
Kemungkinan ada satu lagi nombor yang akan mendapat bidaan tinggi tahun depan
Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
meramalkan WYY 9999 bakal menjadi rebutan kerana nombor ini
merupakan nombor terakhir bagi pendaftaran kenderaan
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ia ditukarkan
dengan siri nombor baharu yang masih belum diputuskan kerajaan.
Opsssssss kalau aku, aku dok teruja nak dapatkan nombor yang baru tu
Ampunnnnnn! Aku tak suka nombor terakhir huh u hu
nombor terakhir itu dijangka mula digunakan Ogos 2013
Mmmmmm sempat tak kumpul deposit dalam tabung katak?