Semua orang macam tak sabar dah nak tahu apa dia
Intipati bajet @ belanjawan 2013 yang dibentangkan PM sekejab lagi
Bagi sesiapa yang nak beli Laporan Ekonomi 2012/2013 dah mula dijual
di tiga lokasi dengan harga RM55 bermula pukul 4 hingga 6 petang nanti.
di (1) Lobi Blok Tengah, Kementerian Kewangan di Presint 2, Putrajaya,
(2) Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Jalan Chan Sow Lin,
(3) PNMB Cawangan Putrajaya di Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya
Sambil buat kerja, aku akan jeling-jeling jugak apa yang semua orang nak tahu tu
sebenarnya apa yang aku nak tahu je aku dengar
yang lain tu...aku bukan pakar ekonomi,
memang gagal matematik pun masa sekolah dulu
sebut nilai juta-juta bilion segala memang sebabkan aku stress
ramai dah labelkan bajet 2013 ni bersifat belanjawan Pilihanraya
belanjawan yang kononnya menyebabkan rakyat mampu tersenyum
hari ni memanglah senyum, esok lusa belum tentu lagi
malam ni jugak harga teh tarik naik harga hu hu hu
kena tarik sendirilah nanti ya...jangan tak tau, aku reti tarik teh
hu hu hu tarik masuk longkang la la la perasan yang lebih!
Sementara menunggu kemaskini tentang bajet 2013 yang bakal dibentangkan nanti,
apa kata kita tengok dulu video ni...pasal kos sara hidup
Siaran langsung pembentangan bajet 2013 boleh dilihat secara langsung
di kebanyakan stesen TV dan juga boleh tengok online di TV3
Ok, matlamat entri ni adalah bagi Intipati bajet belanjawan 2013
malas nak sambung merapu, berikut adalah intipatinya;
Fokus utama
Belanjawan @ bajet 2013;
i.
Merangsang aktiviti pelaburan
ii.
Membudayakan inovasi meningkatkan prestasi
iii.
(aku berangan, terlepas dengar huh u hu…pi baca teks penuh bajet 2013)
iv.
Konsiderasi fiscal untuk meningkatkan pengurusan
awam
Pekerja swasta: melalui perkeso, sediakan RM200 Juta untuk
1.4 juta ahlinya
berumur 40-55 tahun melakukan pemeriksaan kesihatan percuma
di
hospital kerajaan dan klinik panel.
Pesara kerajaan berkhidmat lebih 25 tahun: diselaraskan, naikkan
pencen minimum RM720 ke RM820
Rebet pakej khas telefon pintar RM200 untuk pembelian telefon pintar di kedai terpilih.
Diskaun 50% tambang komuter pengguna berpendapatanRM3k ke bawah.
Diskaun 50% tambang feri pengguna selalu guna perkhidmatan Labuan ke Kuching dan Kota Kinabalu.
Bina 123 ribu unit rumah PRIMA dengan harga rumah 20% lebih rendah dari harga pasaran.
BRiM 2.0 sebanyak RM500 dengan kriteria yang sama dan BRim diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2 ribu tetapi si bujang dapat RM200 sahaja. bayaran dibuat pada awal 2013. Penerima sedia ada tak payah daftar, manakala penerima baru perlu daftar pada Disember 2012.
Skim Insuran Kemalangan Diri kepada pelajar sekolah yang guna bas sekolah
Skim Bantuan kepada pelajar sekolah RM100
Voucer Buku 1 Malaysia (BR1M) RM250
Pelepasan cukai RM6K seorang anak belajar di IPT untuk tafsiran 2012
Caj pasport warga emas diberi potongan 50% setahun berkuatkuasa Januari 2013.
Caj pasport untuk kanak-kanak:
Insentif Bayaran PTPTN:
i. Langsai terus semua bermula 1 Oct - 30 Sept 2013: Diskaun 20%
ii. Bayaran secara konsisten dari 1 Oct 2012: diskaun 10% setahun
Kadar cukai pendapatan individu: diturunkan 1 mata.
Bonus Penjawat Awam: 1 bulan setengah (Aidilfitri lepas, Disember 2012 & Januari 2013)
Bonus Pesara Kerajaan RM500
Skim Rumah Pertama: ditambahbaik dengan meningkatkan had pendapatan kepada RM5 ribu atau RM10 ribu sebulan bagi suami isteri dengan dimansuhkan deposit 3 bulan. Pengecualian duti stem sedia ada dilanjutkan dengan meningkatkan harga rumah kepada RM400 ribu.
Pembeli asal rumah terbengkalai dikecualikan duti stem.
Pinjaman Perumahan kepada Penjawat Awam: panel bank Komersial dilantik untuk menguruskannya dengan dikenakan 4% faedah pinjaman, manakala wang proses hanya RM100 tanpa mengira jumlah pinjaman dipohon.
PDRM: banyakkan jawatan baru, tubuhkan unit rondaan bermotosikal, tingkatkan ahli sukarela polis & pasang CCTV 496 unit di 25 buah PBT.
Angkatan Tentera Malaysia: kenaikan pangkat guna time based, insentif khas RM200 sebulan untuk semua anggota dan pegawai, bekas tentera bersara awal yang berkhidmat kurang 21 tahun diberi RM1K (tidak termasuk kes tata tertib), skim insuran kepada ATM dan Polis sedang berkhidmat.
Laporan terkini lagi mutakhir Bajet @ Belanjawan 2013 di website Belanjawan
Manakala Laman web rasmi Bajet 2013 adalah Mytreasury
Biasanya semua laporan ekonomi dan teks ucapan bajet 2013 boleh dibuat turun
selepas sejam ucapan pembentangan bajet @ Belanjawan
Teks Ucapan Bajet 2013 dan Lampiran boleh dimuat
turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang.
Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian
Kewangan seperti berikut:
Komen aku: Errrr tak tau nak komen apa
kemudian komen boleh?