Memaparkan catatan dengan label tiket KTMB ke pantai timur dah habis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tiket KTMB ke pantai timur dah habis. Papar semua catatan

Rabu, 3 Ogos 2011

Dua Kali Sahur



hah???? pernah dibuat dek orang?
orang lain tak pernah buat kot
aku je selalu buat benda-benda tak masuk akal ni
itu yang berlaku hari ni
baru hari ke tiga Ramadhan!

asalnya nak tidur awal
jam 11 dah baring baik punya posisi
golek kiri golek kanan
pusing kiri pusing kanan
penat pejam mata tapi tetap tak lena
(biasa paling awal tidur 12.30, itupun jarang berlaku)

penat pusing dan golek
aku bangun (tepat 12.15)
panaslah pulak!
bersiram sekejab sambil berangan berada di Holand
selepas tu buka komputer
buat macam-macam kerja termasuk online FB
tapi tengok je FB terkulat-kulat sebab semua orang dah tidur
Sambil-sambil tu jenguk juta-juta kali kat Nuffnang
nampak macam dah ok, Earning pun masih ada seciput macam sebelum tu
tak hilangpun
sama jugak macam trafik blog ni yang tak seberapa
Ingatkan aku aje alami benda tu
orang lain pun ada juga

jam 3.30 rasa lapar
tu lah...siapa suruh berbuka slim sangat
3 biji kurma, teh panas segelas dan 5 biji cekodok
asid dah luruh dari dinding perut
terpaksalah sahur;
nasi + ikan goreng + telur mata + air kosong
kemudian sambung kerja balik.

jam 5 pagi, sempat lagi pergi goreng nasi
campur sawi 1 batang, telur dan kicap
cukup-cukup satu pinggan
sahur lagi sekali
kalau tak sahur lagi sekali
risau tak larat nak pegang pen pulak

Jadinya, Datok PM Malaysia
bukan peneroka sahaja perlu duit raya
kami penjawat awampun
kerja keras juga majukan negara
sila agihkan untuk kami duit raya
banyakpun tak apa...kami tak marah
sila pertimbangkan juga kenaikan gaji penjawat awam macam kami
untuk orang yang rajin kerja sampai tak tidur malam
orang lain sibuk tahajud segala
aku pulak dok mengadap komputer sampai terjengil biji mata.


PsssT: kepada yang kecewa tiket KTMB ke pantai timur sempena Aidilfitri dah habis tu, sila banyak-banyak bersabar ya, KTMB akan tambah gerabak juga nanti. Kita tetap boleh balik raya. Semalam sambil cari berita online, terjumpa iklan ada orang nak jual tiket bas 2 keping untuk balik raya Kelantan. Katanya nak balik dengan kereta, tak jadi balik dengan bas. Bolehlah cuba google. Harapnya bukan ulatlah ya.

PsssT: peneroka dapat duit Raya lagi tahun ni...RM400 tu...tak ada ke orang nak hulur aku duit raya ni?

PSSST: kepada rakan-rakan yang memerluka kerepek, meruku dan Popia Simpul Kasih sempena Aidilfitri nanti, bolehlah buat tempahan segera. Tempahan awal diutamakan bergantung kepada stok. Biasanya minggu kedua puasa dah habis.

Lokasi: sekitar Bandar Baru Bangi, Teras Jernang, Sungai Tangkas, UKM, Sungai Merab, Sungai Ramal, Kajang, Semenyih, Putrajaya, Nilai 3 Dan Nilai.

Tempahan untuk doorgift, cenderahati, kenduri juga diterima. Terdapat diskaun untuk tempahan dalam jumlah yang banyak. keterangan lanjut: kerepekrembow@gmail.com atau boleh tanyakan Cik Rembow di FB Kerepek Rembow.