Memaparkan catatan dengan label tempat menarik berhampiran pulau nami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat menarik berhampiran pulau nami. Papar semua catatan

Ahad, 3 November 2013

The Garden Of Morning Calm Lebih Cantik Dari Pulau Nami?


Kalau ke Korea, macam tak lengkap jika tidak berkesempatan untuk seberang ke Pulau Nami. Semuanya gara-gara Winter Sonata punya cerita.

Ramai yang tak tahu bahawa The Garden Of Morning Calm sebenarnya lagi cantik dan menakjubkan dari Pulau Nami. Tak percaya???? Memang patutpun anda tak percaya sebab ramai yang masih belum tahu tentang tempat cantik ini.

Cara nak ke The Garden Of Morning Calm

Menaiki train daripada Seoul menghala ke Cheongchun line, turun di Stesen Cheongpyeong Station. Sila rujuk Sistem pengangkutan kereta api @ train di Korea untuk kemudahan, boleh download juga jaringan subway di Korea. Orang Korea download aplikasi peta dalam smartphone @ telefon pintar masing-masing.

Contohnya macam kami, naik Subway dari Stesen Wangsimni (dari line 2, tukar ke line J) berhenti di Stesen Manggu (line J) transfer ke line Chuncheon. Berhenti di Stesen Cheongpyeong.

Laluan train ke stesen Cheongpyeong

Dari stesyen ni kami naik shuttle bus

Lepas tu naik Gapyeong Bus Tour. Bus ni hop on hop off. Jadi dengan bayaran 5000won sekali sahaja kita boleh naik turun bus ini di beberapa perhentian termasuk Petit France dan Nami Island. Perjalanan kami hanya 20 minit dari Stesen Cheongpyeong. Kalau naik bas ni dari Nami Island, perjalanan ambil masa hampir 1 jam.


tiket beli atas bas ya...sila simpan tiket untuk ke hentian lain @ balik semula ke subway

Jadual laluan Gapyeong Tour Bus, jelas kelihatan Pulau Nami lebih dekat dengan Stesen Gapyeong, manakala The Garden Of Morning Calm lebih dekat dengan Stesen Cheongpyeong.

info pegawai penerangan pelancongan sepanjang jalan menuju The Garden Of Morning Calm 

Masa kami ke The Garden Of Morning Calm hari tu, tak ramai pelancong asing pergi berbanding tempat lain di Korea. Yang ramainya ahjuma dan ahjussi (makcik dan pakcik), ada yang bertongkatpun dan mereka ni terdiri daripada orang tempatan. Sebenarnya lebih kagum, ramai atuk-atuk dan nenek-nenek lebih gagah meneroka berbanding kita. Tercabar tau!

The Garden Of Morning Calm ni sebenarnya sebuah taman seluas 330 ribu meter persegi dengan 25jenis taman pelbagai tema milik persendirian yang dibina sejak 1996, tetapi dibuka kepada orang ramai. Tak adalah seluas itu kita kena jalan, lebih kurang Pulau Nami juga kawasan yang indah untuk dilawati.
kaunter jualan tiket, 8 ribu won seorang...


tiket masuk ke The Garden Of Morning Calm

sempena final Piala Malaysia 2013, maka berkibarlah mafla Kelantan di bumi Korea...

Konsep Taman sebegini pertama kali dilakukan di Korea dan dicipta oleh Profesor Han Sang-Kyung (Gardening Department, Sahmyook University) dalam kajiannya yang mengadaptasi konsep taman di korea. Maklumat lanjut teman ini boleh rujuk di website The Garden Of Morning Calm.

Entri ini hanya sedikit perkongsian gambar keindahan musim luruh (autum) di The Garden Of Morning Calm. Jom tengok gambar-gambar cantik di The Garden Of Morning Calm, Korea;





Pagoda valley...batu-batu disusun jadi menara pagoda tengah sungai


Macam dalam lukisan...tak percaya wujud di alam reality, ingatkan imaginasi pelukis






panorama di sini paling cantik musim luruh dan  musim bunga














Macam mana?

Bagi aku The Garden Of Morning Calm ini lebih cantik dan indah berbanding Pulau Nami. Lebih tenang, damai dan terasa lebih bersatu dengan alam. Itu untuk orang-orang yang sukakan keindahan alam sekitar ciptaan Allah sahaja ya…kat sini, tak ada apa nak beli belah. Kaki shopping tak suka pergi ni.

Lebih terasa indah bila buka bekal nasi di sini….ohhhhh! klasik gitu!