Memaparkan catatan dengan label tajaan melanjutkan pengajian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tajaan melanjutkan pengajian. Papar semua catatan

Selasa, 10 April 2012

Dermasiswa (Bursary) untuk pelajar Cemerlang SPM 2011


Hari ini seramai 1,609 ditawar Bursary secara automatik
kepada 1,609 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang
memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas
iaitu 9A+ (1,020 orang), 10A+ (492 orang), 11A+ (90 orang)
dan 12 A+ seramai tujuh orang…waaaa untungnya mereka!

Petang tadi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan akhbar berkata:
Bursary adalah bantuan kewangan yang disediakan
Kementerian Pelajaran untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan (pra-universiti)
sebelum melanjut pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.
Kalau aku…hu hu hu dah pasti akan pilih luar Negara
Boleh pergi Scotland macam Nur Amelina Che Bakri tu kan best
Fuhhhhhh…boleh main salji lagi hu hu hu hu dah terpesong kan?
Sebab tu lah aku tak dapat…belum dapat pun dah bercabang otak
Nak main salji nak jelajah Eropah segala
Bila masanya nak belajar? Cer ikut perangai Amelina sikit
Julai nanti akan terbit buku ilmiah dia dalam bidang perubatan
Hambek kau! Masih tak terkedu ke orang-orang yang dok gossip
Dia kena buang universiti dulu?
Alih-alih dia buat macam-macam program kat sana
Balik dah pun ada master…siap phD kot nanti
tak mustahil tu

Errrr…kenapa macam dah terpesong ni?
Ok…menurut TPM, Bursary adalah satu pengiktirafan
kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada 2011,
jadi semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan
sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary
secara automatik oleh Kementerian Pelajaran
tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang.
Pemberian Bursary tertakluk kepada pelajar sudah ditawarkan/ditempatkan
di pusat persediaan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Selain itu,Penajaan di bawah Program Biasiswa Nasional (PBN)
kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2011
di kalangan yang terbaik mengikut senarai Kementerian Pelajaran
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia
berasaskan kepada merit akademik telah diluluskan.
Mereka yang terpilih akan ditawarkan biasiswa
dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan
pengiktirafan bidang pilihan di universiti dalam dan luar negara
seperti disenaraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagi kesemua program pra-universiti yang sudah tersenarai,
Sila layari laman web Kementerian Pelajaran
di www.moe.gov.my untuk membuat semakan dan
pengemaskinian profil pelajar program Busary mulai 16 April, 2012.


Teks ucapan penuh ucapan TPM di majlis Dialog Nasional Pendidikan Negara
Ada 29 halaman boleh baca kat situ
Malaslah aku nak tampal kat sini
Sila baca sendiri kalau nak tahu