Memaparkan catatan dengan label remaja putus cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label remaja putus cinta. Papar semua catatan
Sabtu, 4 Ogos 2012
Telan 80 Biji Pil Putus Cinta Punya Pasal
Orang kata cinta itu nyawa...oh berfalsafah cinta pulak petang-petang hari ni
cinta itu juga boleh jadi racun yang membunuh
hingga ramai manusia tidak berpijak di bumi nyata
mmmm kalau terlalu nak sangat cinta
manusia sanggup lakukan apa sahaja
apalah sangat takat nyawa...aduhaiiii apa dah jadi!
Sebab terlalu realistik dengan cintalah kot
sampai sekarang belum kahwin hu hu hu ada orang pernah tempelak aku gitu
tak rasa hatipun namun itu lebih baik dari tambah lebih banyak masalah
yang kita dah boleh hidu dari awal sebab bagi aku
sesuatu perkahwinan itu sepatutnya menyelesaikan banyak masalah
bukannya tambah masalah baru dalam hidup...
sila usah ikut cara ni, kang ramai pulak jadi andartu macam aku
Seorang remaja lelaki 18 tahun di Alor Gajah Melaka nekad
telan 80 pil darah tinggi milik ibunya kerana tidak dapat menerima hakikat
cinta pertamanya dengan remaja berusia 19 tahun terputus separuh jalan
kejadian 7 malam Rabu lepas, anak bongsu dua beradik itu
ditemui ibunya dengan mulut berbuih dan tidak bermaya
sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.
Remaja lelaki itu tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu
dia sering meminta wang belanja daripada ibu setiap hari
bagi menyara teman wanitanya, malah, pernah mengherdik ibunya
yang enggan memberi wang
Komen aku: sangat kasihan. Dia perlukan lebih kasih sayang
sekarang ramai orang kekurangan kasih sayang
sama-samalah kita doakan dia cepat tersedar dari impian indah sebuah cinta
usianya masih terlalu muda untuk hancurkan diri sendiri
semata-mata urusan jual beli cinta berbayar begitu
mmmmm tak adalah pulak orang sanggup nak tanggung aku sampai gitu sekali
errrr bila ada orang sanggup, kenapa pulak aku rasa takut?
Aduhhhhh! Takut kena jual!
Langgan:
Catatan (Atom)