Ari tu keluarkan kenyataan, sesiapa yang tangkap pencetus kepada kekecohan dalam perlawanan final @ akhir Piala FA 2013 antara Kelantan TRW dan JDT akhir bulan ini akan dapat ganjaran seribu ringgit. Berkobar-kobar sekejab aku nak pergi beli tiket. Bukan nak tengok sangat bola, kalau masuk stadium bukan Nampak sangatpun bola. Aku ni rabun! Tapi, hasrat utama nak bawa balik RM1000 tu.
Alih-alih hari ni pula umumkan Tiada ganjaran RM1,000 buat penyokong yang menangkap mereka yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu depan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik balik usul itu. Nasib baik belum beli tiket lagi…kalau tak, aku yang akan mulakan kekecohan tu kat sana huh u huh u
PssssT:
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan polis jam 4 petang hari ini untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. Beliau ditahan di Desa Pandan, Ampang oleh polis Bukit Aman. Husam Musa dibawa ke Balai Polis Ampang, sebelum dibawa ke IPD KB, Pengkalan Chepa. Beliau dibawa dgn MPV dengan diiringi 20 orang anggota polis (5 buah kenderaan) dan dijangka sampai di balai polis Kota Bharu jam 11 mlm ini.
Husam di dalam laman twitternya memberitahu beliau "Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan,", berikutan kenyataannya berkaitan peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok hari ini dianggap sebagai mati syahid. Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu.
Fan page Kami Tidak Rela Menukar Negeri Kami Dengan Stadium Bola Sepak mengatakan rombongan ini berhenti solat maghrib di Balai Polis Raub.