Memaparkan catatan dengan label peribahasa melayu macam lembu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribahasa melayu macam lembu. Papar semua catatan
Khamis, 27 September 2012
Peribahasa Unta
Masa belajar sekolah rendah dulu, aku paling suka mata pelajaran Bahasa Malaysia
Salah satu topik yang cikgu ajar adalah tentang peribahasa
Macam-macam peribahasa kita akan belajar dari yang paling mudah
Hinggalah yang tak pernah kita dengar kecuali
Karam singh Walia je dok sebut…tapi salah satu peribahasa paling popular
Yang akan kita belajar adalah “bodoh macam lembu”
Tapi ada satu lagi peribahasa yang aku dengar dari Arwah Tok Ayah
“Bodoh macam lembu Mekah” bukan sekadar lembu,
Tetapi lebih spesifik lagi asal usul lembu tersebut.
Aku pernah Tanya gemulah Tok Ayah pasal lembu Mekah
Kata arwah: lembu Mekah lembu yang paling bodoh.
Aku Tanya: kenapa? Masa tu aku maasih sekolah rendah
Tengah belajar peribahasa di sekolah,
tapi cikgu tak ada pulak dok cakap “lembu Mekah”
kata Tok Ayah: lembu Mekah terlalu pasrah
(Kata PASRAH aku yang ubah sebab tak kuasa nak guna banyak kali
Istilah yang beri aura negatif…sekali mood negatif pulak muncul)
“Orang nak sembelih pun dia dok melongo tunggu
Bukannya nak lari selamatkan diri (sebab tidak ditambat)”
Itu perbandingan antara lembu Mekah dan lembu Malaysia
Gemulah Tok Ayah bercerita ikut pengalamannya ke Mekah 2 kali
Masa tu pergi Haji naik kapal laut…mana ada belon bagai
Kalau di asia Barat, setahu aku yang tak berapa tahu ni
Unta lebih glamer dari lembu, kalau tak betul ampunkanlah daku
Masa belajar ilmu alam kat sekolah atap dulu,
belum sempat cikgu ngajar pasal unta…
Jepun dah serang Tanah Melayu…tak pepasal sekolah roboh
Jadi tak sempat pandailah aku bab unta mengunta dan perangai unta ni
Kalau perangai lembu aku memang tahu sangat
Maklumlah, sejak kecil lagi dah biasa tengok lembu
Ayah kat kampong tu memang bela lembu sekor dua
Bila nak sambut puasa, ayah akan sembelih dan jual daging
Bila nak raya…sembelih lagi
Bila musim Aidiladha pulak, berduyun orang datang cari lembu
Pagi tadi aku berurusan dengan Bank Unta
Tetiba adikkkk manissss kat kaunter tu
Aku Nampak macam unta pulak
Opsssss! Aidiladha dah dekat kan?
Kalau korban untapun ok jugak kan?
Orang kata daging unta lebih sedap!
Aku pernah makan daging lembu je…daging unta belum lagi…
Langgan:
Catatan (Atom)