Memaparkan catatan dengan label minuman beralkohol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minuman beralkohol. Papar semua catatan

Selasa, 26 Julai 2011

Bir Halal Dah Disahkan Halal



Menurut laporan Harian Metro seperti dirumuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun 2011: Boleh diminum. Isu ini timbul berkaitan minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol dalam minuman melebihi jumlah dibenarkan.

Alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan bersesuaian dengan keputusan muzakarah pada kali ketujuh pada 1984, ke 19 pada 1987 dan ke 91 pada tahun lalu.

“Muzakarah juga menasihatkan supaya pengeluar minuman berkenaan tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Justeru, orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan status minuman ini kerana ia sudah diputuskan halal,”

Kandungan alkohol di dalam Barbican adalah kurang daripada 0.01 peratus iaitu pada kadar dibenarkan untuk produk akhir sebanyak 0.05 peratus sekaligus tidak mendatangkan kesan yang memabukkan jika diminum. Kadar 0.01 peratus seperti dilaporkan di dalam media bukanlah hasil muzakarah.

Katanya, minuman ringan dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti membuat arak sama ada kandungan alkoholnya sedikit atau banyak haram diminum begitu juga dengan alkohol disuling. Makanan atau minuman yang mempunyai alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya hukumnya tidak najis dan boleh dimakan atau diminum. Manakala yang mengandungi bahan perisa atau pewarna mengandungi alkohol untuk penstabilan adalah boleh digunakan sekiranya ia tidak dihasilkan menerusi proses pembuatan arak dan kuantiti dalam produk akhir tidak melebihi 0.5 peratus.

Berikut adalah salinan Fatwa Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berkenaan:

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.




PssssT: