Memaparkan catatan dengan label meninggalkan puasa dengan sengaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meninggalkan puasa dengan sengaja. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2011

Ramadhan Itu Bulan Ujian

Anda boleh baca semula beberapa entri tentang Ramadhan di

Dahhhh pun hari ke tiga puasa
bagaimana? Ok tak? Ke dah ada yang kena usung masuk hospital?
bagi yang tak boleh puasa tu
mungkin boleh gunakan kesempatan lain yang ada dalam bulan Ramadhan
nak buat macam mana memang dah ditakdirkan
tak mampu nak puasa dengan alasan yang betul ya
bukannya sebab tak boleh tahan tengok makanan yang sedap

aku ada kenal 2-3 orang kawan yang tak wajib puasa
kalau puasa je, memang kena usung masuk hospital
orang yang tak suka puasa akan kata “dia beruntung”
kalau tanya dia, dengan sedih dia akan kata
“Nikmat berpuasa itu tak sama tukarannya dengan fidyah atau amalan lain”
jadinya, dia tetap akan berpuasa juga
selang seli sahaja
orang lain puasa 30 hari, dia dapatlah juga 15 hari (paling banyak)

orang yang tak suka berpuasa sentiasa berusaha untuk hindarinya
sedangkan orang-orang yang diberi ujian untuk tidak mampu berpuasa
tidak mempunyai kekuatan untuk penuhkannya 30 hari
sangat berdukacita dan hampa dengan sebab itu

dunia memang pelik kan?


haaaaa itu ujian untuk orang yang nak sangat-sangat puasa
ada orang lain teruji bila tengok makanan sedap
tengok ikan singgangpun dah leleh sebaldi dua air liur
apa lagi kalau libatkan kesabaran dan kelam kabut
iklan nuffnang tak berkelip pun dah heboh satu malaya
rupanya dapat rezeki awal Ramadhan tu pun ujian juga kan
belum kira ujian di Bazar Ramadhan
ujian berurusan dengan macam-macam orang
ujian perasaan
kira banyaklah nak kena tanggung ujian sepanjang bulan Ramadhan ni
campur pulak ujian nak kena tempuh sesak
masa balik raya
itu lagi mencabar minda!



PsssT: Hari pertama puasa, aku dah hantar kerepek ubi jejari kepada Kak Faridah. Alhamdulillah, walaupun hanya satu kg sahaja yang dia order, hari ini dapat order tambahan untuk kerepek ubi jejari dan kerepek ubi pedas kering di tempat yang sama. Terima kasih Aina.

PSSST: kepada rakan-rakan yang memerlukan kerepek, meruku dan Popia Simpul Kasih serta Popia Gunting basah sempena Aidilfitri nanti, bolehlah buat tempahan segera. Tempahan awal diutamakan bergantung kepada stok. Biasanya minggu kedua puasa dah habis stok.

Lokasi: sekitar Bandar Baru Bangi, Teras Jernang, Sungai Tangkas, UKM, Sungai Merab, Sungai Ramal, Kajang, Semenyih, Putrajaya, Nilai 3 Dan Nilai.

Kawasan lain juga diterima dengan tambahan bayaran pos.

Tempahan untuk doorgift, cenderahati, kenduri juga diterima. Terdapat diskaun untuk tempahan dalam jumlah yang banyak. keterangan lanjut: kerepekrembow@gmail.com atau boleh ke FB Kerepek Rembow.