Memaparkan catatan dengan label memberi derma sumbangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memberi derma sumbangan. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Mei 2014

Seringgit Sehari Pun Dah Banyak!

Ramadhan dah dekat. Pada bulan Ramadhan penuh barakah itu, biasanya ramai akan ambil kesempatan untuk menderma, berzakat dan bersedekah. Ada banyak tempat boleh kita salurkan sumbangan untuk memastikan derma atau sumbangan kita tu sampai ke tempat yang sepatutnya. Kalau yang jenis peminta derma demand tak tentu pasal tu, aku syak…hanya syak ajelah mampu buat pun, ke lain perginya.

Kalau di Bangi, ada KPI Bangi yang dah siap pembinaannya tetapi urusan pentadbiran masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai, begitu juga pusat tahfiz al Baraqah.

Yang belum siap lagi adalah Lebuh Raya Rakyat di negeri paling miskin nun…tak sempatlah aku guna masa balik raya nanti. Kena tambah derma banyak-banyak kat sini, ramai orang dapat manfaatnya bila siap nanti. Tak kesahlah orang nak kata lebuh raya rakyat ni tak masuk akal dan tak logic, tapi kalau niat kita murni, insha allah, ramai yang akan membantu. Hidup ni bukannya lama sangat…bukan nak junjung atau tongkat langit. Bayangkanlah sejumlah kecil derma yang kita laburkan kat sini memberi manfaat kepada satu negeri selama entah berapa puluh tahun nanti. Berapa banyak kita boleh saham di akhirat nanti.

Bantuan dan Pertolongan juga diperlukan untuk mendapatkan dana bagi menyiapkan Projek Pembinaan Surau Baharu SRA At-Taqwa, Temerloh, projek pembinaan surau baharu Attaqwa, Sra Islam Attaqwa, Jalan Temerloh-Mentakab, 28000 Temerloh Pahang Darul makmur.

Jumlah yang telah dibelanjakan sehingga 20 mei 2014 adalah lebih kurang rm160 ribu, dengan baki dalam akaun masih ada lebih kurang RM300 sahaja. Alhamdulillah, berkat keikhlasan derma dan sumbangan masyarakat awam, sebahagian besar surau ini telahpun berdiri kukuh. Walaupun begitu, masih banyak lagi sumbangan diperlukan bagi menyiapkan bangunan surau baru untuk kemudahan belajar anak-anak ganerasi masa hadapan ini.

Sumbangan anda amat dialu-alukan. Derma boleh disalurkan terus ke;

no. akaun bimb 06028010021300 PIBG Sekolah Rendah Islam At Taqwa.

Maklumat lanjut hubungi Wan Saiful 0129665990 atau 092901648 (pejabat sekolah). Segala usaha dan sumbangan tuan/puan didoakan semoga bertambah rezeki, dirahmati dan diberkati oleh Allah. Jazakumullahu khairan kathira.

Berikut gambar-gambar binaan bangunan Projek Pembinaan Surau Baharu SRA At-Taqwa, Temerloh yang disebarkan saudara Hakimin dari Kuahkari di facebook beliau;





Satu lagi surau yang masih lagi dalam pembinaan dan dah mula perlahan semula pembinaannya kerana kekurangan sumbangan adalah surau ar raudhah taman desa jati, nilai. Surau ini juga dibina bersumberkan derma dan sumbangan orang ramai dan sedikit sumbangan kerajaan negeri. Dah siap bumbung, tapi dinding hanya sebahagian sahaja dah siap. Hari tu aku pi jenguk intai huh uhu huh u



Hidup hanya sementara. Nak tunggu kita kaya raya baru nak derma dan beri sumbangan ke arah keselesaan masyarakat, memang belum tentu lagi. Entah sempat kaya atau tak. Namun, orang kata kalau kita bersedekah seringgit sehari pun dah banyak. Dalam setahun dah menderma untuk syariat Islam sebanyak RM360. Banyak tu. Nak sekali hulur memang tak kot! Dok terbayang pula nak beli kasut cantik, baju comey, hanbeg raya bagai…ke macam mana?

Semoga sumbangan kita yang sedikit itu memanfaatkan lebih ramai orang. Insha allah.