Memaparkan catatan dengan label mat bangla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mat bangla. Papar semua catatan

Khamis, 5 Julai 2012

Bangla Telefon Aku Cari Kerja

Tengah syok dan kusyuk buat kerja, telefon berbunyi,
maka terjadilah dialog seperti berikut;

Aku: Assalamualaikum
Dia: Waalaikum salam.

Senyap sekejab. Bagi peluang orang yang telefon tu bercakap
Bila dia telefon, maknanya dia yang nak bercakap kan?
Tapi dia jugak diam…macam pelik je

Dia: Apa khabar?
Lain macam je aku dengar suara, tak kenal
Bila tengok nombor, macam lain macam je
+601117902720 lain tak? Pernah jumpa tak?
Entah dari mana. Tak pernah tengok

Aku: nak cakap dengan siapa?
Suara aku yang santai tadi dah jadi serius
Opssssss! Aku memang kejam dengan orang yang tak kenal

Dia: Ini siapa cakap?
Memang sah suara dia aku tak pernah dengar
suara tak pernah kenal…ingatkan orang Acheh
tapi lain je bunyinya…

Aku: awak nak cakap dengan siapa?
Masih control lagi suara
Kalau dia jawab main-main…akan lagi serius dan garang suara aku

Dia: …. [dia ada sebut satu nama, tapi tak jelas]
Aku: Siapa?
Dia: … [lagi sekali dia sebut nama dia, tapi aku tetap
Tak menangkap namanya tu]

Aku: Siapa? [aku Tanya lagi sekali]
Mesti dia ingat aku pekak badak hu hu hu
Dia: Saya itu Bangla…

Aduhai…nak gelak ada, nak tergolek-golek geli hati pun ada
Aku: Sini tak ada kerja la…
Dia: Ini suda ada kerja la…siang-siang. Malam-malam saja tada…

Aduhhhhhhh apa nak kata wehhhh!

Sesiapa nak bagi mat Bangla tu kerja malam-malam
bolehlah telefon dia, ada nombor kat atas
jangan tanya aku kerja apa sebab aku tak tahu
setahu aku petang-petang je mat Bangla potong rumput
malam-malam tak tau dia orang kerja apa
kalau korang dikerjakan dek Bangla tu
jangan salahkan aku hu hu hu

sebab aku tengah syok buat kerja,
tetiba dia telefon pasal tak kerja malam-malam
aku tak layan Bangla tu…tak ada mood nak layan
kalau kena mood, nak aje aku interview dia
nak aje aku risik-risik kerja apa dia selalu buat malam-malam...