Memaparkan catatan dengan label kontroversi filem tanda putera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kontroversi filem tanda putera. Papar semua catatan

Selasa, 4 Jun 2013

Filem 'Tanda Putera' bakal ditayangkan 29 Ogos 2013


Dah berapa kali dok kata Filem kontroversi, 'Tanda Putera' akan ditayangkan kepada orang ramai, tapi tayangnya belum juga lagi walaupun ada sesetengah orang dah tengok filem panas ni sejak tahun lepas. Siapa dah tengok, sila angkat tangan!

Akhirnya, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kata Filem 'Tanda Putera' dah boleh tengok pada 29 Ogos iaitu sebelum sambutan kemerdekaan. Keputusan itu dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hasil daripada mesyuarat bersama jawatankuasanya setelah entah berapa lama file mini diperam. Dah jadi belacan gamaknya!

Kononnya filem itu filem kenegaraan, cerita filem Tanda Putera tentang Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail serta peristiwa berdarah 13 Mei. Kononnya filem Tanda Putera adalah hasil karyawan filem yang melihat daripada perspektif seni. Jadi, pastikan kita melihatnya dari sudut seni ya…

Filem Tanda Putera kita klasifikasikan kategori PG 13, diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba Suhaimi membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.