Malam ni berlangsung perlawanan akhir @ Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan ATM di Stadium Shah Alam.
Sama kuat, sama gagah. Malah timbul konflik identiti jugak dikalangan penyokong sebab ramai orang ATM berasal dari Kelantan.
Tak apa, bola tetap bulat. Gomo tetap gomo. Lawan tetap lawan. Menang atau kalah memang ukurannya, namun paling utama adalah usaha. Perjuangan.
Gomo Kelate Gomo!
Keputusan Perlawanan Final Piala Malaysia 2012 Kelantan Lwn ATM adalah seperti berikut;
Kelantan = 3 [Norsharul Idlan Talaha, Mat Yo minit ke 43, 49, Indra Putra minit 96]ATM = 2 [Rizal Zamri Yahya, minit 48; minit ke Marlon Alex James minit ke 61]
Juara Piala Malaysia 2012 adalah: Kelantan untuk kali ke 2, setelah berjaya pada 2010
Tahniah kepada pasukan Kelantan, Tahniah kepada seluruh pengeraknya dan tahniah kepada penyokong pasukan Kelantan yang bessstttttt!!!!
Permainan malam ni...aduhai, buatkan jantung berdegup kencang.
30 minit masa tambahan, fuhhhhh…mental penyokong pulak kena kental!
Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, jam 9 pagi tadi. Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mereka dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini.
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.