Memaparkan catatan dengan label kegigihan balu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kegigihan balu. Papar semua catatan

Khamis, 5 April 2012

Nak Jadi Kuat Macam Dia



Kisah jiran sebelah rumah aku
seorang ibu tunggal, aku kenal dia masa masuk rumah ni
masa tu arwah suaminya baru sahaja meninggal
tak sempatpun tengok rumah idaman mereka siap

Akak ni bertuah sebab dapat suami mithali
yang akan buat semua urusan rumah
dari perkara yang sebesarnya hingga hal terkecil macam bayar bil
bila arwah tak ada, akak ni betul-betul terpukul
anak-anak masih kecil untuk dia urus
sedangkan dia juga tak tahu nak buat apa-apa

Aku pernah Nampak dia tak reti nak buka pintu pagar rumahpun
masa tu aku rasa sangat kasihan dengan dia
mesti kehilangan itu jadi tamparan yang sangat besar untuk dia
tambah lagi rumah yang dia sewakan itu
macam-macam hal yang jadi
tapi dia sangat nasib baik kerana dikelilingi keluarga
dan anak-anak yang sangat menyokong

Beberapa hari lepas
aku jumpa kakak ni masa nak keluar pergi kerja
sekarang ni rumahnya sedang diubahsuai dah sebulan lebih
dia akan dudukinya bila dah siap nanti
tak sabar rasanya nak berjiran dengan kakak yang baik ni
[mana tahu kan boleh tumpang semangkuk dua masakan dia la la la]
dan aku sangat kagum dengan dia kini
selepas lebih 10 tahun arwah suaminya pergi
banyak peningkatan yang aku nampak
dulu nak buka kunci pagarpun tak reti
sekarang dia boleh uruskan sendiri hal-hal berkaitan rumah
urusan ubahsuai dan berurusan dengan kontraktor segala
sesiapa yang pernah berirusan dengan mereka ni
akan tahulah macam mana gayanya depa ni
ada masa kalau berurusan dengan orang yang salah
kita juga yang kena makan

Betul, aku sangat kagumi kakak ini
dia memang sangat kuat untuk berdepan dengan hidupnya
dia juga punya keluarga dan anak-anak yang sangat menyokong
sekarang ni pulak, anak-anak bujangnya dah kerja
dah boleh jaga mak, rasa nak meleleh air mata tengok mereka
sangat saling menyokong

Dia sangat hebat, betul-betul wanita yang hebat
dari tak tahu macam mana nak bayar bil
kini hidup mandiri dan berjaya lalui semua kesukaran itu
bukan mudah untuk dia, aku akuinya
namun dia telah berjaya harungi itu

Aku juga nak jadi hebat dan kuat macam dia
tapi…kenapa lah pulak ya
asal nak mula sahaja kerja, semangat menurun kembali
ada ubat tak untuk penyakit malas macam ni?

Mmmmmm oklah ya, aku nak sambung buat kerja
tarikh mati dah makin dekat ni, tapi malaspun makin tinggi juga
huh! Macam mana nak BUNUH malas tu ek?