Sabtu. Hari kedua Pesta Buku Antarabangsa KL
setiap tahun aku jarang lupa
untuk pergi
kalaupun pesta buku kecilan
asalkan jual buku
kali ini juga
tahun ini senarai mesti buku tak panjang
hanya sebuah
sebuah buku sahaja
dari rumah dah tanamkan azam
tak akan beli buku lain
selain yang sebuah itu
sentiasa kuatkan hati
hanya beli buku yang sebuah itu sahaja
walaupun ada tiga jilid kembarnya
bila dah bergelumang peluh dan lelah
menyelit menyusup terlanggar dilanggar
daya ingatan semakin kurang
buku nan sebuah kubeli bersama-sama kembarnya
jadi bertiga
beli lagi
lagi
dan lagi
akhirnya
buku nan sebuah menjadi lapan
Fuhhhhhh kesesakan maha hebat di PTS...satu kakipun tak boleh nak masuk...kaki aku kan kaki gajah, besar sikit, susah nak masuk hu huhu
daku ini masih pelajar
yang perlu sentiasa berpada setiap kali ke kedai buku
sebab ada penyakit berjangkit
suka beli buku
suka baca buku
sesiapa yang terkena virus yang sama
sila hurung pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 2011
melaburlah banyak-banyak beli ilmu
tak rugipun
nanti boleh sedekah ke perpustakaan
bila melimpah dalam simpanan
saham untuk akhirat juga
dengan syarat
bukan buku lucah
orang lain ralit belek buku
aku juga ralit kaligrafi indah
mempersona di mata
memukau di di hati.
Akhirnya...poket kempis
Hanya ini diangkut balik
senarainya tidak lagi SATU
bukan satu ya kawan-kawan
tapi...lebih daripada satu plastik
Tiba-tiba
aku rasa macam nak demam
lambatnya hari gaji!
~~Anyss~~
23 April 2011
Bandar Baru Bangi