Memaparkan catatan dengan label jalan ditutup akibat banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan ditutup akibat banjir. Papar semua catatan

Rabu, 5 September 2012

Banjir Kilat Di Serdang Jalan Sesak Teruk


Petang tadi hujan memang lebat,
siap guruh, kilat dan petir...angin kuat juga
tak sedarpun hujan lebat tu sebab aku ralit dok buang sampah
dalam komputer, tapi masa nak balik baru sedar
beranda pejabat berladung air...hujan lebat angin kuat je
sebabkan kawaasan tu berladung

baliknya singgah pasar malam, belum jam 8 lagi
tapi ramai peniaga sedang berkemas nak balik
pengunjung pulak baru nak pergi pasar malam
tapi tak lah ramai mana...kesian mereka terutama penjual air

aku sedar berlaku kesesakan teruk dan banjir kilat
bila baca status facebook andy Hakim Ibrahim, DJ Selangor FM



Hujan lebat petang 4 September 2012 sebabkan banjir kilat dan
kesesakan jalan raya yang teruk di jalan utama Lembah Kelang seperti
di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.
Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak
menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi.
Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana
hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi
akibat banjir kilat yang berlaku.

Pada kira-kira pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS)
membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan
pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya.

Di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yang berlaku
dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang
menyebabkan kesesakan yang teruk sekitar
Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong
dengan hanya satu lorong boleh digunakan.
Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon
menghala ke stesen KTM Serdang.
Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti Pertanian-Kajang
kedua-dua belah jalan terpaksa ditutup.

Di Lebuh Raya SILK, banjir kilat melanda sekitar Bandar Sg Long
jalan menghala ke Cheras dan Kajang terpaksa ditutup
dan trafik dilencongkan ke Putrajaya.

Di Lebuh Raya KESAS pula, kesesakan bermula di Vista Komanwel
menghala ke MRR2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Sri Petaling.

Kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di Subang Jaya
sekitar bulatan Persiaran Kewajipan dan kawasan Sunway,
lebuh raya NPE dan SPRINT.

Kalau begitulah yang terjadi di kawasaln Lembah Kelang
Memang sangat menderita, sebab itulah aku sangat suka tinggal di Bangi
Tak payah keluar jauh untuk kerja bukan sahaja elak jem
Tapi perjalanan yang jauh begini memang berisiko
Ohhhhhh! Bukan semua orang beruntungkan?

Teruk juga banjir kilat dan kesesakan jalan raya pada 4 September 2012
teringin juga nak tengok gambar banjir kilat di serdang hari ni
lagi menarik kalau ada rakaman video banjir kilat di serdang kajang
tapi kenalah tunggu esok kalau-kalau ada mangsa banjir yang rajin rakam


PsssT: Kalau sesiapa nak tengok gambar-gambar banjir di tol sungai besi
boleh tengok blog Cik Lily Putih ya...sila ke sana