Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, pasar besar rantau panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar. Ketika ini, api sedang marak. Dianggarkan lebih 150 buah kedai telah terbakar hangus tanpa dapat diselamatkan. Kalau tengokkan gambar kebakaran pasar besar Rantau Panjang Kelantan yang sedang marak ni, agak susah untuk pasukan bomba nak padamkan kebakaran.
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Semoga peniaga-peniaga yang terlibat dapat menerima ujian ini dengan tabah. Insha Allah, ada hikmahnya semua kejadian ini. Mana tahu, selepas ini satu pasar baru yang lebih teratur dan cantik pula akan dibina. Semua gambar kebakaran di Pasar Besar Rantau Panjang diambil dari FB Negeri Cik Siti Wan Kembang.
yang ni jelas sikit... |
akhirnya...
Menurut catatan sesetengah pihak, bukan pasar besar rantau panjang yang terbakar, tetapi gudang simpanan barangan yang berada di belakang pasar besar rantau panjang itu yang terbakar. Punca kebakaran juga masih belum dapat dipastikan. Nampak gayanya kena tengok berita di akhbar esok untuk mendapat maklumat yang lebih tepat tentang kebakaran besar di Rantau Panjang ni. Itupun kalau ada. Maklumlah, negeri paling miskin, ada ke orang yang minat nak tahu kecuali anak-anak kelantan yang berada di perantauan macam aku ni.
Kemaskini:
Laporan semua akhbar melaporkan bahawa sebanyak 60 unit kedai di Pekan Rantau Panjang
berhampiran Sungai Golok musnah dalam kebakaran pada 11.30 malam tadi. Kebakaran
tersebut berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit. Tidak ada sebarang kecederaan
dan kemalangan jiwa dilaporkan. Berikut adalah gambar-gambar selepas berlaku
kebakaran;
Biarpun
begitu, tersebar di beberapa Page FB tentang kejadian aneh tetapi benar di
kawasan kebakaran Pasar Besar Rantau Panjang berkenaan. Setelah api padam, masyarakat sekitar dapati
sebuah musalla yang terdapat di kawasan Pasar Besar Rantau Panjang ini tidak
terjejas akibat kebakaran tersebut. Musalla di kawasan pasar rantau panjang tidak hangus dalam kebakaran. Berikut gambar musalla yang tidak terjejas
akibat kebakaran di pasar besar rantau panjang;
Musalla di pasar Rantau Panjang tidak terbakar |
tidak terjejas sedikitpun dalam kebakaran |
Sementara itu, di Sepang, Seramai 24 penumpang cedera selepas bas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 27.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, petang semalam. Kejadian berlaku jam 7.02 petang itu dipercayai bas hilang kawalan akibat tayar pecah. Bas itu dalam perjalanan dari Klang menghala ke Johor Bahru.
Bas itu terbabas dan menyebabkannya terbalik di tepi jalan. Enam penumpang serta seorang penumpang warga emas yang turut tercedera dan mengalami sakit dada telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan. Seramai 17 lagi penumpang yang cedera ringan hanya rawatan di tempat kejadian.