Lebih kurang jam dua petang tadi, satu kejadian jambatan runtuh berlaku di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Aku baca berita mengejutkan ni di ondscene.
Secepat siput babi melakukan aksi kayuhan lentang kononnya nak jadi Juara Langkawi de Tour 2013, aku terus cari maklumat dan jumpa berita singkat di Sinar Harian berkaitan hal ini. Jambatan itu rupanya masih lagi dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya / Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya. Jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS.
Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam. Maklumat lanjut, kita tengok berita perdana malam ni.
Harapnya, tak adalah spekulasi macam-macam ya walaupun dah mula laju je spekulasinya kat FB dan mana-mana hu hu hu