Memaparkan catatan dengan label dasar baru SPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dasar baru SPA. Papar semua catatan
Selasa, 3 Julai 2012
Dasar Baru SPA Bolehkan Graduan Memohon Kerja Dengan Kelulusan SPM
Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda kini
telah dibenarkan untuk memohon dan dilantik ke jawatan
yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.
Ini membolehkan semua calon bersaing bagi memohon
jawatan bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik calon.
semua calon boleh memohon mana-mana jawatan dua (2) peringkat lebih rendah
daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki calon.
Calon kini dibenarkan memohon sehingga 15 pilihan jawatan
dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i
bagi semua peringkat kelayakan sama ada SPM, Diploma atau Ijazah.
ini membolehkan calon memohon seberapa banyak jawatan
yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing
dan calon juga mempunyai banyak peluang untuk dilantik ke jawatan sesuai.
calon juga boleh isi sehingga 15 pilihan jawatan yang disukai
berbanding sebelum ni hanya 5 sahaja kot
lupa dah berapa isi dulu tapi aku memang tak layakpun
sejak isi borang SPA8 tu dulu, sampai sekarang tak ada siapa
panggil temuduga…nampak sangat tak ada kualiti ya hu huhu
tak apalah, yang penting aku dah ada kerja
walaupun tonggang terbalik dok berlawan macam atromen taro
libas raksasa…bezanya, aku kena libas makcik sihir
yang suka terbang dengan batang penyapu la la la
Walaubagaimanapun, cara ini tidak dipersetujui oleh CEUPECs
kerana meningkatkan persaingan dengan calon
yang hanya mempunyai kelulusan SPM sahaja
komen aku: zaman dulu, nak isi boring SPA8 ni kena isi manual
beraraklah ikut kawan pergi KL, ambil borang kat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Jalan Attap rasanya...
kena tunjuk sijil baru boleh ambil borang, bukan main susah lagi
sekarang ni isi online je…tapi kalau tipu, nama akan kena senarai hitam
kawan aku pernah kena, 6 bulan kena senarai hitam
sebab cakap tak ada ijazah
mana nak tahu majikan semak dengan SPA huh u hu kantoi sudah
bila dah dibolehkan begini sekurang-kurangnya,
bolehlah graduan yang payah nak dapat kerja
walaupun rendah gaji dan pangkat
paling tidak mereka ada kerja, bukan menyamun
ada kekosongan jawatan yang lebih tinggi
mereka boleh mintak…tapi, ada masalah persaingan pula
dengan calon lulusan SPM
kesian mereka, kena bersaing kan? Kan? Kan?
Kesian tak?
Langgan:
Catatan (Atom)