Memaparkan catatan dengan label cara main pokemon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara main pokemon. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2016

Pokemon Go Punya Penangan

Permainan Pokemon Go dilancarkan di Malaysia di Malaysia pada 6 Ogos 2016. Sebelum boleh download lagi macam-macam pendapat dan pandangan tentang pokemon Go dok heboh. Belum pun sehari Permainan Pokemon Go masuk Malaysia, sudah ada saman yang dikeluarkan disebabkan permainan ini. Hebatnya orang Malaysia!

Saman itu dikeluarkan kepada seorang pemuda di Kuantan, Pahang yang memburu karakter pokemon go ketika dia sedang memandu. Dia saman RM300 kerana kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Lain kali gunalah hands free ….errr boleh ke tangkap pokemon kalau guna hands free? Apa yang dibimbangi adalah Pemandu akan hilang tumpuan dan mungkin menyebabkan kemalangan, membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain. Itu belum masuk keselamatan dari sudut yang lain ya…

Berikut video bagaimana cara untuk main POKÉMON GO;

HOW TO PLAY POKÉMON GO



Beriku antara contoh bagaimana cara untuk main POKEMON GO LETS PLAY! EPISODE 1;



Sebelum ni, bila mufti beri nasihat tentang permainan POKEMON GO ni, pelbagai reaksi masyarakat awam terutama penggemar games online ni timbul. Berikut ambo petik terus dari FB Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang fatwa main POKEMON GO;

[ADMIN]
"MUFTI MEMBERI NASIHAT AGAR ELAK DARI MAIN POKEMON GO, BUKAN MENYATAKAN HARAM SEPERTIMANA YANG DIPUTARBELIT OLEH SEGELINTIR MEDIA"

1. Pihak kami amat kesal dengan salahguna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media alternatif atas talian (online) yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam. Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan dan imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara non Muslim yang kita kasihi.

2. Jika diteliti dalam fatwa yang dikeluarkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, SS Mufti sama sekali tidak menggunakan istilah 'Haram'. Apa yang jelas, beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." Sebab utama SS Mufti tidak menggunakan istilah 'Haram' kerana ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam Qur'an dan Sunnah.

3. Kaedah sebegini adalah antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum/fatwa. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adakalanya dalam satu-satu hukum menyatakan 'akrah' (aku benci) atau kadangkala beliau kata 'lam uhibb' (aku tidak suka). Beliau tidak menggunakan istilah haram atau harus atau lain-lain istilah secara jelas. Untuk lebih lanjut, rujuk buku:

Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

4. Jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Tujuan SS Mufti memilih untuk menggunakan ayat "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." adalah bagi menggambarkan bahawa beliau AMAT TIDAK GEMAR permainan Pokemon Go ini dimainkan atas beberapa hujah yang telah dinyatakan di sini [http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go]

5. Justeru, kami menyeru kepada seluruh masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu akan berita-berita yang didengari atau didapati di media sosial. Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah pesanannya dalam Surah al-Hujurat: 6. Boleh baca Bayan Linnas berkenaan konsep Tabayyun di sini [http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/294-berita-konsep-tabayyun-dan-penerimaannya]

Pokemon Go vs Dajal Go huhuhuhu

Ambo tak nak ulas apa-apa tentang fatwa main pokemon go berkenaan kerana beliau lebih ahli. Ambo ni apalah sangat kan, alif sebesar batang kelapa pun boleh TERlanggar, maklumlah rabun. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berlaku salah faham terhadap kenyataan yang dikeluarkan dan Ustaz Dr. Zulkifli tidak pernah mengatakan permainan tersebut haram, tetapi beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan, seperti ditulis Ketua Pengarah Jakim, Dato' Hj Othman Bin Mustapha, menerusi Facebooknya;

"Keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa. Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini. Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak *Saddu Al-Zara'i (سدُّ الذرائع)*di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudharatan kepada diri kita."

Kejadian Kemalangan Tragis akibat Bermain pokemon Go - Bahaya Pokemon Go



Antara kes lain yang MAUT disebabkan Main Game Pokemon Go!



Mudharat lain Pokemon Go berdasarkan kes yang sudah berlaku di luar negara adalah seperti pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya. Ada sesetengah orang dia tak kesah untuk kongsi ruang peribadinya dengan dunia luar, tapi untuk aku memang sangat kesah. Dah tentulah aku tak akan main pokemon Go.

Demam Pokemon Go di Indonesia; BAHAYA main pokemon go secara berlebihan



Jangan salahkan orang lain andai maklumat pribadi kita disimpan datanya oleh pihak ketiga kerana kita sendiri yang benarkannya. Ada kala kita memang tak boleh elak seperti google simpan maklumat kita dalam pengkalan data mereka, kat mana kita tinggal, gambar rumah atau kenderaan kita. Tetapi kerapkalinya, data tersebut kita yang bagi mereka contohnya, di FB, twitter atau insta.Kita sendiri selfie hadapan pagar sekolah anak, bila anak kena culik....bila rumah kena masuk penyamun semasa kita tak ada di rumah, janganlah pula kita marah ya. Semua maklumat tu kita yang beri tanpa sedar.

telefon cap ayam tak layak main pokemon go huhuhuhu urang kaya sahaja boleh main

Dunia dah memang ke arah tanpa sempadan. Banyak juga memudahkan urusan harian kita, namun, pada masa yang sama ambo tetap berwaspada. Kalau boleh, usahlah dalam rumah kita orang lain pun tahu macam mana rupanya. Ramai orang kata, kalau tak boleh ikut perkembangan dunia, sila hidup dalam gua. 

pilihan di tangan masing-masing

Gua pun gua lah asal jangan kacau hidup dan ketenteraman ambo. Jom main candy crush, kata nak menangggg errrrr dah lama lah ambo tak main gula-gula tu. Sejak dah siap tesis. Mmmmm kena berterima kasih kepada gula-gula tu, temani malam ambo hilangkan ngantuk dan stress hadap buku.