Memaparkan catatan dengan label Seoraksan National Park. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seoraksan National Park. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2013

Pergi Seoraksan National Park (OeSeorak), Korea... Balik Hari Sama


Hari ni tetiba orang terjah dok google cari maklumat tentang Villa Nabila gara-gara berita tergempar tentang kehilangan seorang remaja di Villa Nabila. Dikatakan juga budak yang hilang itu sebenarnya bukan disorok makhluk halus, jadi...mana dia hilang? Aku tak ada jawapan untuk tu sebab entri kali ni tentang Korea. Kalau nak baca tentang misteri penemuan remaja yang dilaporkan hilang di villa Nabila tu, kena semak entri aku sebelum ni...ada aku tulis sikit kat bawah tu.
 
Lagiiii??????? Tak kesahlah kalian bosanpun huh u huhu dari dok cerita tentang benda yang kita tak tahu, baik aku tulis pasal tempat yang aku pergi ni. Ohhhhh bongkak terlihat di situ!

Entri lain tentang Korea adalah di The Garden of Morning Calm, Cat Café dan rakan musafir.

Kata Cik Bintang di FB dia; Seoraksan, Pesona Musim luruh. Memang indah menawan pun pergunungan Soerak pada musim luruh ni…. Auntumn in My Heart gitu!

tiket untuk naik kereta kabel...sila simpan, kang tak leh turun pulak!

mercu tanda Soeraksan

Seoraksan atau pergunungan Seorak terletak di Daerah Sokcho, jaraknya agak jauh daripada Seoul. Seoraksan juga dirujuk sebagai Seolsan dan Seolbongsan. Gunung ini dinamakan Seorak ('Seol' bermakna 'salji' dan 'Ak' makna 'gunung besar’) kerana salji tidak akan cair untuk masa yang lama sehingga batu-batu di pergunungan itu kelihatan sentiasa putih.

Pada bulan November 1965, daerah Gunung Seorak telah diiktiraf sebagai “Natural Monument preservation area”. Pada Disember 1973, ia telah ditetapkan sebagai “Park Preservation Area”, dan pada bulan Ogos 1982, diiktiraf sebagai Daerah Pemuliharaan Biosfera oleh UNESCO.

Taman ini meliputi 4 bandar-bandar dan daerah iaitu Sokcho, Inje, Goseong dan Yangyang. Puncak tertinggi Daecheongbong di bahagian timur berada di OeSeorak manakala bahagian barat berada di NaeSeorak, yang dibahagikan lagi kepada NaeSeorak Utara dan NaeSeorak Selatan.

Ramai orang akan menginap di Sokcho untuk pergi ke Gunung Seorak ni. Tapi, jika kita tak ada masa yang panjang, perjalanan pergi dan balik ke Soeraksan pada hari yang sama boleh dilakukan dengan mudah. Jarang orang pergi dan balik semula ke Seoul pada hari yang sama, tetapi nak jimat masa, itulah yang kami buat. Pagi-pagi lagi bergerak keluar dari Seoul dan balik semula (sampai Seoul) hari dah malam.

Perjalanan ke Seoraksan atau Taman Negara Gunung Seorak kami lakukan pada 29 Oktober 2013. Pagi itu kami keluar dari hostel jam 6.35pagi. Waktu Korea ya...kalau waktu Malaysia jadi 5.35 pagi. Gigih tak kami bangun jam lima pagi untuk pergi sini? Mmmmm Cantik tak? Berbaloi-baloi!

sampai sini je pun kami dah rasa nak melompat-lompat

Cara pergi Seoraksan dan balik semula ke Seoul pada hari yang sama:

Ambil Subway ke Stesen Ganbyeong yang berada pada line 2 (hijau), keluar di pintu 4 dan menyeberang ke Stesen bas Dong Seoul. Di terminal, tiket bas untuk ke Sokcho boleh dibeli di mana-mana kaunter dengan harga 17300 won seorang untuk perjalanan sehala. Kemudian, tunggu bas di terminal 4 dan 5. Kekerapan bas untuk laluan ini sekitar 10 minit sebuah.

Dari hostel kami sampai ke Stesen Ganbyeong sekitar 20 minit kemudian dan berjaya beli tiket bas untuk perjalanan ke Sokcho pada jam 7.35pagi. Perjalanan ke Sokcho mengambil masa 2 jam 30 minit. Hanya sekali bas berhenti selama 15 minit untuk ke toilet. Kalau nak pergi Seoraksan dan balik hari kena bergerak awal-awal pagi, kalau tak...tak sempat nanti. Kalau sampai lambat, kat jalan ke gunung nanti kemungkinan jem berkilometer juga ada. kalau pergi awal macam kami, jem pendek aje.

Sampai di Sokcho, keluar dari stesen dan dapatkan bas tempatan bernombor 7-1 untuk ke Gunung Seorak. Memandangkan pada hari kejadian, pengembaraan kami adalah berempat, kami ambil teksi kerana lebih cepat dan tak perlu menunggu jadual bas. Perjalanan dengan teksi ke Seoraksan @ Gunung Seorak mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dengan bayaran sebanyak 14 ribu won.

Perut nasi...di Korea pun tetap juga nak menyantap nasi bagai...

Tiket untuk masuk ke Taman Negara Seorak berharga 3500 won, manakala tiket untuk naik kereta kabel ke atas gunung ialah 9000 won setiap seorang. Di sini, tiket masuk perlu di beli sebaik sahaja sampai kerana perjalanan naik ialah mengikut masa yang ditetapkan. Tak boleh sesedap kepala kita je nak berebut panjat kereta kabel tu...

Kami sampai di pergunungan Seorak sekitar jam 11.00 pagi dan jadual kereta kabel yang kami dapat ialah pada jam 12.50 tengahari. Pepagipun dah ramai yang sampai terutama ahjuma, ahjussi bersemangat membawa climbing stick. Fuhhhhh! Jangan pandang rendah dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik ni…karang ternganga kita tak terkejorrrr. Tiket kereta kabel yang lebih awal semua dah penuh. Jadinya, kami isi masa berejam tu dengan isi tembolok dulu. Buka bekal!!!!!

Tetiba glamer! Orang Malaysia je kot yang bawak bekal macam ni huh u huhu

Siap makan, terlompat-lompat tergedik-gedik ambil gambar semua sudut. Merata tempat memotretkan gambar. Kalau boleh, setiap sudut nak bergambar. Setiap pokok nak bergambar. Pokok tu pun dok hairan, apa dah jadi dengan kita orang ni huh u huhu


Lima minit sebelum waktu ditetapkan, kami dah berkumpul dan berbaris di ruang menunggu. Bila sampai atas…Subhanallah! Subhanallah. Masha Allah! Masha Allah!
 
Tak terlafaz perkataan lain. Betapa indahnya ciptaan Allah!

Pandangan kami seakan terpukau dengan warna musim luruh di puncak pergunungan Seoraksan National Park (OeSeorak). Ohhhhh auntumn in my heart! Patutlah orang Korea sendiri berpusu-pusu panjat gunung ini. Gambar-gambar ni masih kat bawah ya...cantik sangat gunung ganang tu, jakun sekejab!



hamboihhhhh! kemain!





Ketika kami berada di sana juga, terdapat sekumpulan pelajar dan master taekwondo dari German datang “segerombolan” dan membuat persembahan di atas gunung. Kat bawahpun mereka buat persembahan.

Kami juga sempat berkenalan dengan seorang reporter dan photographer mereka yang bernama Mr Maxim. Orangnya kacak, hensem dan ramah, sempat menunjukkan gambar-gambar musim sejuk di Germany di telefon pintarnya. Bersungguh benar dia bercerita, sambil melindungi skrin telefon dari cahaya matahari tengah hari yang garang dalam jaket dipakai hanya untuk tunjukkan gambar-gambar di Germany. Terpaksalah kami menjenguk ke dalam jaketnya untuk melihat gambar-gambar tersebut sambil mendengar ceritanya. Sebenarnya, aku tak Nampak pun apa yang dia tunjuk, aku kan rabun huh u hu tapi buat-buat kagum untuk jaga hati. Ohhhhh! Budaya kita memang hipokrik! [Tak boleh tampal muka mamat hensem tu sebab ada muka kami sama hu hu hu hu]


lepak sekejap sambil tunggu giliran naik kereta kabel


pandangan dari dalam kereta kabel...takjub!

menara pandang...kat sini pun angin dah menderu-deru


Trek yang disediakan atas sana tidaklah jauh sangat, sekitar 1.5 kilometer sahaja. Mudah pula untuk diikuti. Tak adalah kami semput macam panjat tangga-tangga Bukit Namsan untuk ke Namsan Tower tu. Longgar lutut dibuatnya! Pancit ambo!

Patutlah orang tua-tua pun gigih mendaki. Anak tangga yang disediakan tu kecik-kecik je tiap satunya dengan dilapisi getah supaya tak tergelincir. Sebab tu kita boleh Nampak atok dan nenek pun selamba cimpanzi je memanjat gunung. Gunung kau, bukan busut!





kagum tak dengan atok tu?



panjat tebing untuk dapat view menarik ni

Sampai ke kawasan puncak, kami mula dengar geng taekwondo tadi sedang membuat persembahan di puncak.. bunyi haaahhh….haahhh… bergema kuat. Bayangkanlah, betapa bersemangatnya mereka.

Tapi kami tak panjat ke batu yang tinggi tempat mereka membuat persembahan sebab angin kerap bertiup kencang, tentu berbahaya. Sejuk pulak tu. Tiap kali angin bertiup, masing-masing cuba seimbangkan kedudukan berdiri. Ada ketikanya kami terpaksa duduk kerana bimbang imbangan badan tak boleh nak kawal. Silap-silap tergolek di “lanyak” angin yang tak berhenti bertiup. Mereka tu tak apalah, “kekuda” mereka dah kuat.


Dah turun pun budak-budak taekwando ni...


angina kuat...risiko untuk panjat betul-betul puncak

Gomo Kelate Gomo...hingga puncak gunung kau!

Selepas 30-40 minit (macam sekejab je…dalam 20 minit kot) pusing sana sini ambil gambar, kamipun turun semula ke stesen kereta kabel dan bersedia untuk turun semula ke bawah. Bersedia untuk solat di bawah pokok-pokok cantik yang berwarna warni daunnya kerana masa dah tak berapa banyak lagi. Kalau dah gerak balik, susah pula nak dapatkan tempat yang sesuai.





pertunjukan adik-adik taekwando...kat bawah

Dalam perjalanan balik kami singgah di Abai Village...ala,lokasi penggambaran drama bersiri Korea Auntumn in My Heart tu... sambung dalam entri lain ya.