Memaparkan catatan dengan label Pameran Pengantin 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pameran Pengantin 2009. Papar semua catatan

Isnin, 10 Ogos 2009

Aku Nak Kawin!!!!!!!!!!

Ikutkan tajuknya tu....nampak benar aku ni tengah gatai merenyam nak kawin kan. Adoiii la, masa aku pergi Pameran Pengantin Malaysia 2009 yang berlangsung pada 7-9 Ogos 2009, bertempat di Mid valey Exhibition centre, Aras 3 Mid Valey, memang rasa macam tu jugak. Hu hu hu pas ni tentu ramai yang kutuk aku kaw kaw punyeeee....tak kesahlah. Aku hanya berkata jujur pada hati sendiri je hu hu hu.

Pameran Pengantin Malaysia 2009 berlangsung setentang dengan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli 2009. Dah habis merayap dalam karnival tu, aku melenconglah pulak ke Pameran Pengantin Malaysia 2009 ni. Alang-alang dah datang, rebut ajelah peluang kan. Boleh cuci mata. Rehatkan minda juga. (Boleh rehat ke? Ntah!)

Kat pameran ni lebih ramai pengunjung berbanding Karnival Orang Asli di sebelah. Suasana pun lebih meriah. Lagu-lagu yang dipasang, suasana setiap gerai, susun letak barangan dan sebagainya buatkan tetiba saja teringin nak kawin hu hu hu. Itupun sekejab ajelah rasanya pun. Hanya terdorong dek keindahan suasananya. Bila renung setiap pakej yang ditawarkan, walaupun mereka kata banyak potongan harga diberikan, perasaan gatai merenyam tu pun tiba-tiba sahaja terbantut. Alahai...begitu punya mahal semua pakej yang perlu ditempah pun, masih ramai jugak yang bercerai. Korang tak terfikir ke betapa ruginya kos kahwin korang tu. Baru setahun dua kawin, tetiba terlupalah pulak hutang belum habis bayar, bercerailah pulak dah!

Bagi pasangan yang sedang merancang nak kawin tu...moga-moga mampu berjimat cermatlah untuk bina sebuah kehidupan baru. Tak payahlah bazirkan banyak duit untuk majlis perkahwinan. Sanding hingga empat lima kali, ambik gambar berjuta keping, tempah pelamin ala pengantin diraja, kecualilah korang terlebih mampu ataupun dapat sponser Sultan Brunei. Simpan ajelah duit tu untuk beli kelengkapan hidup setelah dah nikah tu. Sewa rumah pun melambung dah, bajet setiap bulan juga tiba-tiba jadi naik sebab dah tak boleh tinggal ramai-ramai dengan kawan-kawan bujang dah. Belum kira lagi kelengkapan rumah, dapur, alat-alat elektrik yang asas dan hal-hal lain termasuklah plastik buang sampah. Sebelum ni kongsi dengan 14 orang housemate, dah terkawin tu, paling ramai boleh kongsipun 2 orang saja. Itupun kalau boleh kongsi. Kalau teman sebilik korang tak nak kongsi, macam mana? Kena yang jenis bacakan terjemahan ayat Qur’an “tanggungjawab suami sediakan segala kemudahan dan keperluan isteri dan keluarga”, tak ke koner baring namanya tu.

Panjang la pulak berleternya...mmmm korang saksikan ajelah keindahan pameran ni ya... Malas aku nak taip lebih-lebih. Karang, terlebih nampak merenyamlah pulak! (gambar upload lain kalilah ye...ada masalah teknikal hu hu hu)