Memaparkan catatan dengan label PPSMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPSMI. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2009

Ada Apa Dengan ISA?







Menonton TV dengan lelah yang panjang, dengan lenguh kaki, dengan sengal-sengal badan jinjing buku-buku, hati lebih lelah melihat berita di kaca TV. Malaysiakah itu? Kuala Lumpurkah dah jadi sebegitu?

Ada apa dengan ISA sebenarnya? Nak tuntut apa, hapuskan ISA? Dah pikir panjang ke?
Belum cukupkah lagi dengan tuntut dihapuskan hak Melayu? Dikurangkan kuasa Raja-raja Melayu? Menyingkirkan Bahasa Melayu? Apa lagi yang nak kita buang lagi dalam senarai Melayu itu?

Kita buang Melayu dengan sewenangnya, pada masa yang sama iktiraf orang-orang yang pernah bermusuh dengan Tanah Melayu? Boleh jadi herokah bila izinkan Cheng Peng kembali ke Tanah Malaysia yang kita cintai ini? Mudah benar kita lupa!

Inilah padahnya bila buang mata pejalaran Sejarah dalam sistem pendidikan kita. Buta sejarah! Dah semua orang buta sejarah, senanglah putar belitkan sejarah. Lama-lama nanti, kitapun boleh jadi “sejarah” macam Melayu Singapura yang sudah “dipulaukan”. Dah jadi macam tu baru nak belek semula Hikayat Hang Tuah?




Negara bebas yang macam mana kita nak sebenarnya? Amerika yang konon-kononnya amalkan negara bebas bersuara itupun masih lagi menindas kaum kulit hitam. Itukah yang kita nak contohi?




Aku tak paham betullah. Dah hidup dalam aman damai, kita pergi ramai-ramai kat Jalan TAR buat demokrasi. Rosak agenda orang nak buat maksiat kat situ (hu hu hu). Kata nak perjuangkan hak kita, tapi pada masa yang sama, hancurkan perniagaan orang kita sendiri. Terpekik melolong sepanjang jalan nipiskan tapak kasut. Buat semua orang sesak, susah nak teruskan agenda harian. Bantutkan aktiviti orang macam aku ni yang ukur jalan TAR cari kedai-kedai buku, kemudian singgah kedai jualan murah beli kain pasang untuk sambut bulan raya nanti.

Kalau ya pun nak bantah, bantahlah. Aku pun bukannya nak halang korang terpekik terlolong mengalahkan Tarzan panggil gajah kat hutan Amazon nun, tapi pikirlah sikit pasal orang lain. Yang dok pergi berarak dan ganggu hidup orang lain yang aman sejahtera tu apa ke jadahnya. Pergilah tempah stadium Bukit Jalil tu ke, stadium Merdeka ke...nak terlalak terlolong sampai pecah anak tekak pun aku heran apa. Panggillah wartawan dan stesen TV pun...dah kata nak semua orang tahu. Kan tak nyusahkan orang lain. Tak ganggu aku yang dah pasti tak akan pergi pun kat tempat-tempat sesak macam tu.




Dah nak berjuang, berjuanglah. Kenapa perlu susahkan orang lain? Asas perjuangan tuntut hapus ISA ni sebenarnya untuk apa? Korang rasa negara kita ni boleh aman damai ke kalau tak ada ISA? Kajilah sendiri kenapa ISA ditubuhkan, jangan main jadi Pak Turut je. Orang kentut, kita kentut. Orang berak tepi jalan, kita ikut berak padahal kita sendiri tak tahu apa yang nak diperjuangkan. Aku kata bodoh kang, korang marah aku lak. Tapi, hakikatnya macam tu lah yang aku nak kata.

Masa hak Melayu dipersoalkan dulu, kenapa tak berarak tuntut? Yang aku nampak Melayu sendiri lucutkan hak Melayu tu.




Masa kuasa Raja-raja Melayu dikurangkan sedikit demi sedikit dahulu hinggakan kuasa raja sekarang ni dah jatuh sama tahap dengan kuasa mereka masa penjajahan dulu tu, mana ada sesiapa nak berarak bantah? Kenapa tak bantah?



Lagi nampak bangangnya bila mintak Cheng Peng dibenarkan masuk Malaysia. Dahlah buta sejarah, buat pulak benda-benda yang menampakkan sangat betapa bodohnya diri sendiri. Paling bodohnya, ada jugak puak-puak bodoh yang lain dok sokong sama. Entah berapa kali bodoh dah jadinya. Lagi aku tak paham.

Kalau nak jadi wira ke, hero ke...perjuangkanlah untuk keamanan dan kemakmuran negara kita ni. Aku cabar korang yang suka berarak sana sini tu, perjuangkan sistem pengangkutan di negara kita ni jadi cekap macam kat Jepun tu ke...Singapura tu ke...tak ada pecah amanah, tak ada sogok-sogok, pas tu cekapkan sistem pentadbiran negara. Sekolah-sekolah di Malaysia naik tarafkan. Di Malaysia tau, bukannya Wilayah Persekutuan, bukan Kuala Lumpur, bukan Putrajaya, bukan juga sekolah swasta. Ini termasuk juga di Selangor. Walaupun negeri termaju di Malaysia adalah Selangor, korang pernah pergi tengok sekolah-sekolah di Hulu Selangor, Hulu Langat? Cekapkan pengurusan di klinik dan hospital kerajaan. Ada berani? Jawapannya aku dah tahu: Tak akan BERANI punya!

Kalau ada sesapa yang paham terbaca persoalan-persoalan yang aku dok bangap sejak dulu lagi ni, tolong sikit cerita. Biar aku tak bangang lagi. Biar aku tak bodoh lagi.