Memaparkan catatan dengan label Norzie Pa’Wan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Norzie Pa’Wan. Papar semua catatan

Khamis, 6 Oktober 2011

Malaysia Akan Bangkrap? Biar Betul!


Fuhhhhhhhhhhhh! sakit kepala sekejab kalau tengok tajuk
aku jugak terkedu dua tiga saat
bila dengar ayat tu
apa taknya, banyak perkara negatif akan jadi
kalau negara kita nan terchenta ini jadi gitu

bagi sesiapa yang terperangkap depan TV3
tengok rancangan Soal Jawab sebentar tadi
terbeliak biji mata sekejab
menurut dato’ Shahrir orang kuat ekonomi negara kita
“ramai penganalisis ekonomi tak bertauliah
telah hebahkan di merata tempat terutama  FB dan blog
Malaysia patutnya dah lama bangkrap…
tapi, kenapa belum bangkrap, bangkarp juga?”

Ohhhhh gitu lah pulak rupanya
ingatkan apa ke bendanya
nasib baik tak ada sakit jantung!

sejak sebulan lepas aku agak perasan juga
trafik masuk ke blog aku agak bertambah dari biasa
bila check kata kunci
sebahagian besarnya datang dengan kata kunci
berkait belanjawan 2012, bajet 2012
bonus kakitangan awam, kenaikan gaji kakitangan awam
memang nampak rakyat negara kita sangat teruja
dan ambil berat tentang ekonomi negara
tak sabar nak tahu pengisian belanjawan @ bajet 2012
tak sabar nak tunggu pembentangan bajet Jumaat ini.

kalau ikut perbincangan “Soal Jawab” yang dipengerusikan Norzie Pa’Wan
banyak juga saranan dikemukakan
ada yang boleh gegarkan jantung
macam Cadangan mengatasi defesit negara:
1.           bekukan kenaikan pangkat dan
pengambilan baru penjawat awam
2.            potong gaji 3% penjawat awam peringkat tertinggi termasuk menteri
3.            tak ada bonus dan imbuhan tahunan pada 2012
Ada sesiapa sokong cadangan ni?
pada pendapat aku
cadangan tu memang bagus tapi…
tak akan pulihkan keadaan
jangan ikut kepala aku yang tak reti ekonomi ni ya…
waaaaaaaaa sangat menderita kalau tak ada bonus!

apa yang membimbangkan kini adalah:
ganerasi muda yang berhutang untuk beli kereta,
rumah, pelaburan tidak menguntungkan akhirnya muflis
ada juga cadangan untuk golongan ni
walaupun nampak cantik
tapi cadangan tu tak popular seperti:
1.            kurangkan kadar cukai pendapatan individu
dari 25% ke 20% hingga ekonomi cemerlang semula
opsssssssss! aku sangat suka cadangan ni la la la
agak-agak, boleh jadi nyata tak?
2.            gaji kasar bulanan RM4 ribu kepada graduan cemerlang,
dan pekerja yang berpengalaman tapi tanpa ijazah
kononnya nak tarik graduan cemerlang  berkhidmat untuk negara
taklah mereka lari atau kerja luar negara
3.           semak semula cukai individu
yang ni aku sokong
terutama cukai untuk orang bujang
yang miskin dan papa kedana macam aku ni
terpaksa ikat perut untuk hidup di tempat kos hidup tinggi
macam di Bangi
nak tinggal luar dari Bangi
kos petrol pula bertambah

namun,
aku sangat suka dengan kesimpulan yang Dato’ Sahrir kata
sebelum rancangan berakhir
beliau cadangkan 3 perkara,
malangnya aku hanya sempat catat dua daripadanya sahaja;
1.           kekalkan subsidi
2.           kerajaan perlu mengurangkan tekanan kos hidup masyarakat
seperti dilakukan kepada bank-bank semasa gawat dulu
apa salahnya kali ni bank pulak tolong rakyat Malaysia ya tak?
turunkan interest satu dua peratus, ok apa?
mampulah aku tempah JET keluar jenjalan dengan Mr.Bean…

nak tahu perincian keseluruhan, sama-sama kita tonton
Siaran langsung pembentangan bajet @ belanjawan 2012
jam 3 petang di TV3
bukan nak promosi, hanya berkongsi maklumat sahaja.