Sekali lagi tabik sping toink toink dengan tindakan juruterbang pesawat MH198 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Hyderabad, India, apabila membuat keputusan untuk patah balik dan mendarat kecemasan di KLIA. Kejadian yang sama pernah berlaku dengan satu penerbangan MAS ke Jepun sebelum ni.
Tak apa pesawat patah balik dan dijadualkan semula, nyawa lebih utama walaupun libatkan kos yang sangat besar juga.
Pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan pada pukul 2 pagi tadi kerana menghadapai masalah dengan sistem autopilot. Kegagalan kawalan pandu auto itu tidak memberi kesan kepada keselamatan penumpang namun, sebagai langkah keselamatan, kapten yang mengendalikan pesawat itu memutuskan supaya pesawat itu berpatah balik ke KLIA.
Pesawat MH198 berlepas dari KLIApada 10.20 malam Sabtu dan berpatah balik sebelum mendarat di lapangan terbang itu pada 2.01 pagi tadi. Penerbangan MH198 telah dijadual semula sebagai penerbangan MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah Ahad (telah berlepas jam 1.35 tengahari sebentar tadi) dan telah dijadual tiba di Hyderabad pada 1.35 petang (waktu tempatan) hari ini.
Doakan penerbangan ini selamat mendarat di destinasi. insha allah.
Doakan penerbangan ini selamat mendarat di destinasi. insha allah.