Memaparkan catatan dengan label Debat sinar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Debat sinar. Papar semua catatan
Jumaat, 20 Julai 2012
Video Debat Sinar III Orang Muda Pilih Siapa?
Panas tak Debat Sinar III yang berkisar tentang isu
Orang Muda Pilih Siapa? dalam pilihanraya terdekar nanti?
Aku terlepas untuk tengok Debat Sinar kali ni
Biasanya memang tunggu depan TV, tapi kali ni tak boleh elak
Ada hal yang lebih utama dari debat berkenaan
Baliknya, terus godek cari kalau-kalau
Dah ada sesiapa upload video debat sinar III ni
Alhamdulillah, akhirnya jumpa.
Bagi sesiapa yang senasib dengan aku,
Bolehlah tengok video rakaman debat sinar ke 3 ini;
Pusingan pertama
Pusingan ke dua
Pusingan ke tiga
Puas hati? Tak puas hati?
Tak apa…tengok dulu, kemudian fikir
Seterusnya cari maklumat pasal hal ni
Akhirnya, jangan lupa pula mengundi.
Selasa, 22 Mei 2012
Debat Sinar, Pemansuhan PTPTN
Seramai 400 jemputan termasuk ahli politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mahasiswa mula berkumpul dan membuat proses pendaftaran bagi mengikuti dari dekat Debat Sinar-Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi. Suasana di Auditorium Karangkraf pada jam 9 malam tadi meriah dengan kehadiran pemimpin mahasiswa dari Persatuan Mahasiswa Anak Sarawak Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Karisma UITM Shah Alam dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Penyokong yang mewakili Khairy, turut hadir Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Rizal Merican; Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. Penyokong Rafizi pula terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Jerejak, Sim Tze Tzin; Pengerusi People's Welfare and Rights Coalition, S. Gobi Krishnan dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
Siaran langsung juga boleh diikuti menerusi mobtv.my.
Komen aku:
setelah ikuti siaran langsung Debat Sinar ni...aku dapati:
1. Di Zimbabwe, kerajaan depa dah bertanggungjawab beri pendidikan kepada rakyatnya. Maklumlah, ramai rakyatnya yang cerdik pandai itu kemudiannya akan bayar cukai. Aku tak cakap kat Malaysia ya...negara kita yang tercinta ni, lain sikit sistemnya. Kita kena bangga dengan kelainan tu. Lain maknanya bergaya, ye dak?
2. Kenapalah ada orang tak jawab soalan ya? Ini aku memang tak puas hati. Lain yang soal, kenapa lain pulak jawabnya. Ke...kena guna bahasa makhluk asing baru terjawab persoalannya ya...tetiba sahaja aku terkenangkan Debat antara Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Dato' Saberi Chik zaman tok nadok dulu...mmmm masih samakah situasinya? Pisang berbuah dua tiga kalikah?
3. Dr. Maszlee memang best...bukan senang nak jadi medorator yang adil dan saksama serta bijaksana. Patutnya beliau dah lama dapat Dato' Prof tu hu hu hu
4. Akhirnya...menang sorak. Aku pun turut sorak juga sebab aku bukan peminjam PTPTN, tapi adik aku guna. Adik aku tu BUKAN tak nak bayar hutang PTPTN...hutang kena bayar, karang mati kena makan ulat. Yang jadi isunya adalah...interest (yang depa panggil caj perkhidmatan) dikenakan tu tinggi jugak weh. Pinjam 16K, bayarnya 23K...
4. Akhirnya...menang sorak. Aku pun turut sorak juga sebab aku bukan peminjam PTPTN, tapi adik aku guna. Adik aku tu BUKAN tak nak bayar hutang PTPTN...hutang kena bayar, karang mati kena makan ulat. Yang jadi isunya adalah...interest (yang depa panggil caj perkhidmatan) dikenakan tu tinggi jugak weh. Pinjam 16K, bayarnya 23K...
Langgan:
Catatan (Atom)