Memaparkan catatan dengan label Asada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asada. Papar semua catatan

Rabu, 30 Jun 2010

Contest Gambar Best by Asada Ryutaro

Ni kali kedua aku nak masuk pertandingan sepanjang kenal dunia blog. Biasanya aku hanya buat lintas hormat sahaja, tetapi bila tersadai di blog Asada aku sangat tertarik untuk turut serta dalam pertandingan ni. Sebabnya ia berkaitan dengan gambar-gambar best. Macamlah aku pandai sangat ambil gambar kan...hu hu hu, tapi apa salahnya mencuba kan ;)



Sesiapa yang nak turut serta pertandingan ni, bolehlah ke blog Asada kat sini. Tak ikut serta pun tak apa, tapi boleh baca blog anak muda berjiwa bersar ni, terutama pengalaman berguna beliau semasa belajar di luar negara. Sangat menarik. Aku tak ada pengalaman macam tu...orang lain tak tahulah pula ya.

Jadinya, inilah gambar yang aku pertaruhkan untuk pertandingan tersebut.



Gambar ini aku ambil masa ke Pulau Mabul tempohari. Aku dah cerita tentang pengalaman tersebut dalam entri lepas. Anak-anak ini merupakan anak Bajau Laut atau palauh yang sebenarnya tinggal di dalam perahu dan berkampung di tengah lautan dan bersifat nomad. Mereka ini kumpulan masyarakat tanpa negara dan tidak menjadi rakyat kepada mana-mana negara kerana mereka lahir di tengah lautan. Mereka hanya singgah di daratan apabila barang keperluan seperti air bersih, bahan api dan keperluan harian yang lain telah habis. Di pulau Mabul, masyarakat Palauh ini telah mula menetap di daratan, tetapi kehidupan mereka sangat daif dan tidak bertamadun. Walau bagaimanapun, mereka sangat terdedah dengan kehadiran pelancong luar yang gemar mengambil gambar, jadi mereka sangat pandai beraksi di hadapan kamera. Para pelancong akan memberi upah dalam bentuk wang atau gula-gula.

Kat belakang tu, rumah berbumbung daunan rumbia macam dalam cerita "Pak Malau" tu, petempatan mereka, manakala di dalam laut tu pula resort berbintang-bintang yang sewa hariannya melebihi RM200 sehari. Terlalu jauh bezanya. Macam antara dua darjat pula. Nak cerita lanjut tentang kanak-kanak palauh ni, bolehlah jengah entri sebelum ini. Malaslah nak tulis benda yang sama panjang-panjang. Lagipun Asada memang dah penat jelajah semua blog yang menyertai pertandingan ni. Betul tak?

Harapannya memanglah nak menang. Kalau tak menangpun tak apa...asal Asada terjah blog ni. Kalau menang lagi bagus, sebabnya...sesiapa yang masuk mana-mana pertandingan memanglah nak menang. Ada ke orang masuk pertandingan untuk kalah? Jadinya, Inche Asada nan budiman, sila menangkan gambar ni ya...boleh gitu? Kira bolehlah kan hu hu hu

Okeylah ya...mohon ampun dengan entri yang interprem cerita tentang pengembaraan ke Semporna (Pulau Kapalai) yang sepatutnya aku letak di entri kali ini. Namun, sebab minggu ini memang aku sangat sibuk, aku tangguhkan dulu entri tersebut ya...