Semalam dan hari ni, ambo ada muatnaik hantaran berikut di facebook:
Ya, dah lima kali (yang ambo sempat bilang), dia si suami orang ajak kahwin. Statusnya
suami orang. Ada anak 4 orang dan seorang isteri berkerjaya. Dahulunya perkahwinan mereka jarak jauh (tak jauh manapun takat Bangi dan Kuala Selangor), isterinya yang lebih jelita dari ambo itu seorang akauntan. Setiap kata si suami orang nan lebih muda dari ambo ini bak
gula batu, manis sentiasa. Kalau ikut katanya, dia seorang yang baik. Kata dialahhhhhhh,
bukan ambo kata!
Ambo faham ini isu sensitif. Isu panas. Isu hot meletup letup
kebambommmm. Namun, kita perlu berlapang dada melihatnya dari banyak sudut.
Bila ambo letak hantaran itu untuk rakan-rakan undi, bukan bermakna
ambo dah pening kepala sangat dah nak fikir hingga kemurungan, bukan juga ambo
dalam dilema atau tengah keliru, tidak juga nak usi-sik pendirian rakan-rakan
semua. Bukan ambo nak kahwin dengan suami orang. Itu hanya pendapat masing-masing, tidak menggambarkan pun pendirian ambo
dalam bab poligami ni.
Maaflah andai rakan-rakan perempuan yang berstatus isteri atau rakan
lain yang pernah berada dalam situasi begini sama ada sebagai isteri, anak,
bakal isteri dan sebagainya rasa status tu menyentap hati.
Kerapkalinya, bila seseorang perempuan itu mula menua (macam ambo) dan
belum ada tanda-tanda nak ubah status jadi Puan, maka, ramai yang beranggapan
golongan ini perempuan tak laku. Ambo pun pernah dapat cop tu. Maklumlah muka tak berapa
nak pulih melepak, kulit tak berseri-seri atau tak reti nak mekap berinci tebal. Orang selekeh
katanya lambat laku. Kalau paras rupa yang jadi perkara pertama, maaflah…tak
pilih ambo pun ambo tak kecil hati.
Dah lah tak laku, memilih pulak
tu. Memilih sangat hingga jodoh lari. Itu cop biasa ambo dapat. Katanya, sebat ajelah sesiapapun asal ubah
status. Sekali lagi, maaflah. Ambo hanya akan kahwin dengan orang yang ambo
boleh hormat je, sebab ambo nak masuk syurga. Janganlah sebab seorang lelaki
bergelar suami, ambo tercampak jauh dari pintu syurga. Kahwinilah lelaki yang boleh kita hormat. Kelak, kita tak akan ingkar, melawan dan durhaka.
Ambo bukan anti poligami. Bermakna, ambo boleh terima pun sebab itu hukum
Allah. Memang wajib terima. Namun, kalau menerimanya hanya sebab nak ubah
status itu, baiklah tak payah. Banyak factor lain yang mempengaruhi. Ia tetap
berbalik semula kepada “hanya akan kahwin dengan orang yang boleh dihormat”. Hormat itu bukan mudah
datangnya. Kalaupun anda ustaz yang sentiasa mengalir ayat Qur’an di bibir
sepanjang masa tetapi tidak aplikasikan dalam kehidupan, asyik dok ugut “lawan
saya awak masuk neraka”, maaflah…itu bukan pilihan ambo. PANG kang! Haaaa kan
dah muncul semangat pendekarnya tu!
Kepada rakan-rakan yang prihatin beri pendapat dan nasihati ambo dalam
kedua-dua hantaran tersebut, terima kasih daun keladi. Ambo sangat hargainya.
Buat masa ini, ambo belum ada niat nak terlibat dalam poligami lagi. Ayat bergulanya
belum cukup manis untuk membius emosi ambo. Ambo juga tak pernah terfikirpun
untuk ganggu gugat ketenteraman keluarga orang. Jadi, biarlah ambo duduk
jauh-jauh, teruskan hidup macam biasa.
Kita tunggu kali ke 40 dia ajak kahwin baru ambo fikir, baru ambo pergi
jumpa isteri terchentanya, jumpa keluarga mertuanya, keluarganya juga…kalau
selepas tu masih juga TERACUN dengan janji manisnya, baru lah ambo bawak dia
jumpa wali ambo, kemudian buat istiharah mohon petunjuk dan buat keputusan.
Jauhhhh lagi perjalanannya.
Mentang-mentang ambo ni BUKAN golongan antipoligami, janganlah anggap semudah
itu caranya. Walaupun ambo dah nak pencen, tapi ambo masih ada wali tau, jangan dok buat tak tentu hala. PANG kang!
PsssT: Sesiapa yang ada suami tu, jangan risau suami anda skandel dengan ambo sebab ambo akan mintak izin anda untuk kahwin, janji...ambo tak sorok-sorok kahwin kat Thailand. Janji, ambo tak sondol tak tentu hala.
PsssT: Sesiapa yang ada suami tu, jangan risau suami anda skandel dengan ambo sebab ambo akan mintak izin anda untuk kahwin, janji...ambo tak sorok-sorok kahwin kat Thailand. Janji, ambo tak sondol tak tentu hala.
4 ulasan:
Alhamdulillah.... Doa saya semoga dipermudahkan dalam segala urusan, Insya Allah. Tahniah juga kerana berlapang dada dalam isu yang sebegini.
Eelobor: Aminnnnnn. Dah kalis rasa pun dah. Situasi setiap orang tak sama; penerimaan setiap orang berdasarkan ilmu dan persekitarannya.
Bagi ambo, bila mengelak, kesannya ambo sorang je tanggung. Bila ambo terima, berapa banyak hati yang teruji. Apa-apapun, akhirnya nanti tetap perlu berpegang kepada "ketentuan Allah" jua. Takdir Hidup kita sudah tertulis sebelum kita lahir lagi...
Kalau jodoh takkan ke mana. Letakkan keyakinan yang putus akan ketentuanNya.
Dah tau dah kakak kita takkan sesimple itu.. Alhamdulillah ��
Catat Ulasan