Dah habis raya ke?
Mana bulih, belum cukup sebulan ni huhuhu kalau hujung
minggu beraya sakan rumah kawan-kawan dan sanak saudara hingga jem serata ceruk
negeri Selangor dan Kuala Lumpur, tengah minggu pulak meriah dengan sambutan
raya di pejabat pulak. Pejabat tu buat ofis terbuka, pejabat ni buat jamuan
raya, pejabat ambo je tadak jamuan bagai…tadak bajet katanya!
Elok juga buat pejabat terbuka sambutan aidilfitri. Musim lepas
raya ni ramai orang ikat perut selepas berhabis sakan musim Syawal balik kampong
lepas. Kalau belanja tak sakan pun, tetap juga habis. Tetap juga korek tabung senak
perut nak tunggu musim gaji. Jadinya, bila ada pejabat terbuka ni, bolehlah
makan sedap-sedap lagi walaupun poket dah kering. Duit cukup-cukup untuk isi tangki
minyak dan beli susu anak je.
Namun, bila sepanjang bulan ni asyik ada rumah terbuka,
pejabat terbuka sepanjang masa, bila masanya nak puasa 6? Dilemma betul. Puasa bulan
Syawal ni memang dugaannya lebih hebat dari puasa Ramadhan. Serba salah pun
ada. Tak pergi rumah terbuka kang, pendek silaturrahim pulak katanya. Kalau pergi
rumah terbuka tetapi berpuasa kang, kecik hati pulak tuan rumah. Serba tak kena
jadinya.
Apa-apapun, selamat jalani ibadah puasa 6 dan kunjungi rumah
terbuka.
Ambo belum makan lemang lagi ni. Lemang nismilan lebih sedap
ditekakku. Ada orang nismilan buat lemang tak? Mintak sebatang!
6 ulasan:
Kalau dah tua macam kakak ni raya ke dua-ketiga dah puasa balik dah Anyss. Rumah terbuka ke apa ke kami dah tak kisah. Kalau pergi pun sekadar meraikan. Makan tak kisah sangat. Tapi tempat kakak tahun ini macam kurang pulak yg buat open house. Office kakak memang tak adalah sebab semuanya non-muslim. Kakak seorg aje yg Islam..
staffs akak dah buat open kedai semalam. heeeee
memacam depa masak.
segala diet miet mmg ssh nk di jalankan bln raya nih yek... asik nya kelaut je diet yg di buat tuh heehhehe...
kak zakie: raya kedua saya masih di kampung, masak memasak dan kerja2 dapur banyak nak kena buat. Kalau puasa, susah nak rasa masakan maklumlah bukan selalu masak banyak2, tak reti nak agak. Tapi tahun ni, alhamdulillah raya ke 4 walaupun masih di kampung tetapi saya dah mula puasa. tu pun sebab kena ceri beri yg lebig afdal sambung puasa je. tapi mek dan ayah dan mula puasa raya ke dua
Kak Azian: kalau staf am, depa selalu buat potluck makan tiap bulan, depa ni rajin selalu jimatkan kos. depa masak nasi seperiuk besar, lauk dan sayurnya sorang sikit bawak.
ambo diet, tak sesuai menu cenggitu.
Norhidana: Yaaaaa tepat sekali. kalau dah pergi satu open house pun dah berkecai diet.
Catat Ulasan