Catatan pagi yang tak berapa nak pagi dah, tengahari yang tak berapa nak
tengahari:
Panggilan BOSS di Kelate boleh didengar bila-bila masa dan
dimana-mana sahaja;
“BOSS, singgah minum dulu!”
“BOSS teh Tarik kurang manis satu!”
“BOSS, kuat nyangkul ter,”
“BOSS, ikan ni berapa sekilo?”
Mana-manapun BOSS. Sesiapa pun BOSS. Aku dah terbiasa panggil BOSS tak kira
mereka tu tukang cuci longkang, posmen, pembaca meter letrik, tukang angkut simen, drebar bas, jaga, orang
meniaga ayam goreng tepi jalan blab la bla yang umurnya lebih kurang baya atau
lebih muda. Kalau usia lebih tua, jarang panggil sebab panggilan “pakcik” tu
tanda hormat.
Bila panggil BOSS, orang yang kena panggil tu rasa dihargai.
Rasa dihormati. Rasa tak adalah marhaen sangat. Tetapi…
Hari ni ada orang sentap bila aku panggil dia BOSS.
Maaf boss!!!
4 ulasan:
heheheh... agaknyer dia ingat awak perli dia kot dik... itu pasal lah
kadang org tak biasa kadang... atau jenis yg over sensitip
sama la.. i pun suka panggil "boss" juga :)
Norhidana: entah lerrr...misteri bila difikirkan.
tak pe lah dah demo tak mau kite panggil boss, esok lusa kita tayah panggil lah.
Darling Pya: selama ni ambo hanya nampak orang hepi je bila kita panggil boss, tetiba ari tu ada orang tak hepi. rasa bersalahpun ada
Catat Ulasan