Selasa, 30 September 2014

Kena Tukar Ke Tinted Cermin Belakang Kereta?

Bermula 1 November depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap kenderaan.

Peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Maknanya, semua kereta kena buanglah tinted lama tu sebab sebelum ni VLTnya 50 peratus. Boleh klaim dengan JPJ tak? Ya lahhhhhhh dah dulu boleh, hanya sekarang ni je tak boleh kannnnnnnnnnnn. Ada tempoh masa tak untuk pergi klaim tu?????

Peratusan tahap ketelusan cahaya, BUKAN kegelapan tinted


Kononnya peraturan penggunaan cermin gelap kenderaan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar. Peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import. Pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.

Kalau nak dikecualikan, kenalah masukkan diri dalam senarai pengecualian cermin gelap kenderaan, iaitu: Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

Jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya juga boleh dikecualikan. Kalau orang awam kena ada surat kebenaran kan kan kan?

Gagal patuhi Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.




3 ulasan:

JunAina berkata...

Kawan saya seorang pegawai polis kata penguatkuasaan itu hanya untuk kereta MPV masih dalam pertimbangan.

farhana mohamad berkata...

diaorang dah start beroperasi. tak adil bagi sy. yang kena asyik kita2 je. orang2 besar tinted hitam legam takpe plak.

makcikkantin berkata...

Buang tinted, ganti ngan curtain....:)