Selasa, 12 April 2011

Malaysia Bebas Telur Tiruan


Berita Perdana di TV3 sekejab tadi mengatakan bahawa “tiada telur palsu dijual di Malaysia”. Dua tiga hari lepas heboh tentang kewujudan telur palsu, diikuti dengan serbuah pihak berwajib di Pulau Pinang. Paling tepat di pasar Pulau Tikus (tetiba teringat kat AOP yang mengatakan Pulau Tikus tu bukannya berada di tengah laut-maklumlah namanya pulau-tetapi pulau itu letaknya di daratan).

Aku tak tahu siapa yang memulakankan isu telur palsu ni. Tak pasti juga apa agendanya, tetapi yang aku tahu…agak ramai juga yang menulis tentangnya di Fb dan blog. di akhbar-akhbar juga hebok pasal ni.

Macam tak logik je ada telur palsu, tetapi aku pernah terjumpa satu tulisan tentang cara-cara buat telur palsu. Lupa dah kat mana. Kalau betullah wujudnya telur palsu ni…katalah ianya tidak jejaskan kesihatan, bermakna kita boleh atasi masalah kekurangan makanan dan kebuluran di banyak negara.

Baguslah tak ada telur palsu, kalau benar telur palsu memudaratkan kesihatan. Maklumlah, telur ni makanan wajib ada dalam rumah kami.


PsssT: Banyak sangat benda palsu muncul kebelakangan ni…kalau masih lagi ragui ketulinan telur tu, bolehlah kita pakai ramai-ramai adakan ujian Ujian polygraph untuk mengesan pembohongan. Mana taulah kan, telur tiruan tu tetiba mengaku asli. Orang tiruanpun boleh mengaku orang asli, apalagi kalau telur, ye tak? …errrr apa aku melalut ni?

10 ulasan:

Unknown berkata...

heheheee.ya ek? surat khbar pun leh post perkara palsu...adey..

eelobor berkata...

semenjak dua tiga pak menjak nie sana sini dok cerita pasal telur jer. huhuhuhuuh

Unknown berkata...

selamat malam anyys
macam lama kak ayu tak singgah sini...
semoga kamu sihat2 yer..

syukur kes telur tiruan tu, Malaysia tak tergolong...

anyss berkata...

Husna: Selamat datang...terlajak tak leh nak kaver tertulis ceita palsu, nak buat lagu mana hu hu hu makin turunlah kepercayaan pembaca

anyss berkata...

Eelobor: ramai pengguna telur ni...pencinta telur pun ramai

anyss berkata...

Kak Ayu: selamat siang. moga2 kak ayu juga sukses. Terlalu banyak yang nak dibuat dalam hidup ni, semua perlu dibuat ikut keutamaan.

kat mana2pun wujud kepalsuan, tapi bila telur ada yang palsu...tak mustahil satu hari nanti akan jumpa orang yang palsu hu hu hu

Kujie berkata...

sekarang ni banyak betul info dan kita kena tapis betul2 pula apa yg kita baca.

anyss berkata...

Kak Kujie: Sangat-sangat betul tu...kalau hanya ditulis kat blog sahaja, masih boleh diterima sebab bukan semua orang tahu pasal etika penulisan, tapi bila dah riuh rendah kat TV dan akhbar...rasanya ada sesuatu yang tak kena. Wartawan dan petugas media patutnya lebih tinggi roh pengalaman etika penulisan ;)

ADLIL RAJIAH berkata...

lega bila dengar takde telur tiruan kat mesia. aritu chuak kejap, dah la aku mmg duk kat penang.. :O

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

anyss berkata...

Jiji: telur memang benda patut ada setiap rumah, terdesak tgh mlm nak makan megi, terjah telur. Apa tak paniknya semua orang kan