Masih lagi dalam mood mengantuk. Baru kembali dari Dhaka tengah malam semalam, sepanjang hari ini hanya qada tidur yang tertinggal sejak sebulan (ohhhh sebenarnya sejak awal tahun). Hari ini sahaja tidurnya tiga kali tidak termasuk malam ini.
Sempat jenguk sesekali tv1 menyaksikan perlawanan pertama peringkat akhir piala Suzuki AFF 2010. Malaysia menang 3-0 dengan indonesia. Gol malaysia dijaringkan oleh Mohd Safee pada minit 60 dan 72 dan Mohamed Ashari (pemain gantian) pada minit yang ke-67.
Tahniah malaysia!
Kembali dari Dhaka, Bangladesh…aku lebih menghargai betapa bertuahnya menghuni malaysia tercinta ini. Nanti aku cerita dalam entri akan datang. Masih perlukan rehat yang panjang ya…malam ni nak tidur sepuasnya, sebelum kembali aktif esok hari.
4 ulasan:
salam
tahniah malaysia.
pengalaman menarik tu..nanti update lagi...ayu suka pengalaman sahabat mengembara..
citarasa Rinduan: Wsalam. Memang bangga dengan Malaysia.
pengalaman di Dhaka akan panjang entrinya walaupun hanya ke sana 3 hari 2 malam sahaja ;) ambil masa sikit untuk taip ya ...sila sabar ;)
semalam saya tidur sambil tersenyum lebar....
Eelobor: Ish! Ish! bukan sorang je gitu...satu Malaysia dok senyum sepanjang hari siang malam
Catat Ulasan