Macam mana rupanya kalau anda punya rambut yang panjang? Paling panjang aku pernah ada rambutpun hanya hingga lepasi punggung sahaja. Kalau duduk memang cecah lantai. Simpan untuk 3 tahun boleh dapat sepanjang itu. Sekarang? Dah pendek hu hu hu!
Hari ni aku berkesempatan menonton Rapunzel. Beginilah sinopsisnya;
Sinopsis Rapunzel
Sepasang suami sangat gembira apabila isterinya hamil. Si isteri mengidam nak makan salad, jadi si suami masuk ke hutan untuk mencari salad tersebut. Malangnya salad berkenaan kepunyaan ahli sihir bernama Nyisari (Dah namapun ahli sihir,m memanglah jahat kan hu h uhu mana ada ahli sihir baik). Si suami dibenarkan mengambil salad berkenaan dengan syarat mereka perlu serahkan bayinya setelah lahir nanti. Si suami tiada pilihan lain, dia bersetuju.
Si suami cuba melarikan diri dari kampung tetapi mereka dihalang oleh si ahli sihir Nyisari. Dia telah menyihirkan rantai kepada kedua suami isteri itu; sekiranya mereka cuba lari lagi, rantai itu akan mencekik mereka. Apabila anak itu lahir, Nyisari telah datang mengambilnya.
18 tahun kemudian, anak itu telah besar dalam jagaan Nyisari dan diberi nama Rapunzel. Rapunzel tidak dibenarkan keluar rumah atau bermain di halaman, apalagi bergaul dengan anak-anak yang lain oleh ibu sihirnya (betul ke panggilan begitu? Hu hu hu). Semasa ibunya tiada di rumah, dia telah curi-curi keluar untuk bermain dengan anak gadis yang lain tetapi setelah mereka mengetahui siapa sebenarnya Rapunzel, mereka semua lari ketakutan (kan semua orang takut dengan ahli sihir). Ini menyebabkan dia menangis kesedihan.
Tangisan itu didengari oleh ibu bapa kandungnya. Mereka sempat menceritakan apa sebenarnya yang berlaku sebelum si mak sihir tiba-tiba muncul di situ (best betul jadi ahli sihir ni, boleh muncul mana-mana pun). Rapunzel kemudiannya dikurung dalam menara yang hanya mempunyai satu tingkap sahaja tanpa tangga untuk mendakinya. Ibu sihirnya telah sihirkan rambutnya jadi panjang, jadi bila ibu sihir itu datang, dia akan panjat rambut Rapunzel ke atas.
Satu hari seorang pemuda kacak, Dimas (anak pemimpin daerah) telah tertarik dengan kecantikan Rapunzel dan berjaya memperdaya gadis itu bawakan dia ke atas. Mereka berkenalan dan jatuh cinta. Dimas berusaha menyelamatkan Rapunzel dan ingin berkahwin dengannya. Bila ibu sihirnya dapat tahu Rapunzel bertemu Dimas, dia telah campakkan Rapunzel ke dalam perigi buta dalam hutan. Ibu sihir itu juga menunggu Dimas di menara, menyihir Dimas menjadi buta, kemudian mencampakkan Dimas keluar menara.
Dimas mencari Rapunzel berdasarkan suara nyanyian Rapunzel dari dalam perigi. Akhirnya mereka bertemu semula. Mata Dimas pulih semula setelah terkena air mata Rapunzel. Mereka akhirnya berkahwin. Rapunzel dapat bertemu semula kedua ibu bapa kandungnya, manakala ibu sihirnya datang buat kacau pada hari pernikahannya. Akhirnya ibu sihir itu dan Rapunzel jatuh perigi buta, tetapi Rapunzel selamat (pelik juga, tetapi dah namanya pun cerita dogeng, macam-macam boleh jadi).
Kat Malaysia, pernah juga ada versi Rapunzel ni dalam Mayang Mengurai;
Macam mana, meriah tak Rapunzel yang aku tengok kat TV3 dalam slot Cerita Dongeng tu? Alahhhh yang selalu TV3 tayang setiap Ahad jam 3 petang selepas siaran Nona? Lorrrr sape kata aku masuk panggung tengok animasi Rapunzel versi orang puteh tu? ini versi Indonesialah!
Errrrrrr….ampunkan dakulah ya! Aku nengok versi Indonesia kat depan TV je.
Semua gambar dari Google.com
8 ulasan:
hahahaa.... tu la aku pelik, ni mcm slot tv3 yg aku tengok semalam dgn anak aku... dia nak sgt tengok kartun Repunzel tu, tapi sebab ada hal lain aku terpaksa batalkan... so ada pulak rapunzel kat tv3 versi Indonesia... hehehe... bagus tul sinopsis kau
hahahaa.... tu la aku pelik, ni mcm slot tv3 yg aku tengok semalam dgn anak aku... dia nak sgt tengok kartun Repunzel tu, tapi sebab ada hal lain aku terpaksa batalkan... so ada pulak rapunzel kat tv3 versi Indonesia... hehehe... bagus tul sinopsis kau
Teringin nak tgok cite tu kat wayang tapi mengenangkan nak bawak anak bujang yang tengah lasak tak sanggup pulak... :)
tengok cerita tuu jugak semalam
salam ummie,
tu dia, semangat tengok citer kat tivi.k.ana lama tak nengok citer melayu kat tivi.. sebab selalu citer melayu ni tayang siang atau awal malam..k.ana lak boleh nonton bila tengah malam jer start kol 10 keatas, sebab masa tu baru ler boleh relax.. time2 tu mana dah ada tayang citer bersiri melayu, sumer citer omputeh.. hehehe.. anyhow, tu bukan sinopsis rapunzel dah tu, tu dah citer penuh.. tak yah nonton pun takpe udah tahu endingnya..
salam anyss: dengan membaca sinopsis kat sini, saya dah tak perlu ke pawagam lagi. hiihihih
Dina: Ingatkan aku je bosan gila dok melangut depan tv tapi malas nak keluar hu hu hu
n.hasleena: yang ni versi indonesia, kat tv3 semalam je hu hu hu usah tertipu ;)
biela Sapine: Selamat datang...jom tengok versi animasi pulak ;)
Aanas: antara baca dan tengok sangat berbeza tahap kepuasannya. Lagi pula kalau tengok, kita boleh hayati sinematografinya...itu yang nak jugak2 masuk panggung tu
Eelobor: wsalam. sinopsis itu boleh reka dan buat sendiri sesedap rasa, tapi kalau dah masuk panggung tu...kepuasan dia lain lagi. Apalagi kalau pergi dengan Muaz, mesti muaz suka tengok animasi Rapunzel tu. Kalau tak percaya, acu cuba try test bawak dia pi nengok sekali. Beli popcorn besar utk dia satu...dia tak akan kacau orang punya ;)
Catat Ulasan