Jumaat, 7 Mei 2010

Ohhhh Lelaki, Kaliankah Menghindariku?


Habis sahaja mesyuarat bulanan tengahari tadi, (agak lewat habisnya, jadi kami belum sarapan pagipun semasa mesyuarat tamat jam 11.30 pagi), kami minum dengan 2 jenis kuih sahaja. Maklumlah, bajet tahunan kena potong 50 peratus, jadinya minum pun kena potong jugalah. Mesyuarat pagi-pagi buta, ayam belum celik mata lagi kami dah mesyuarat (8.30 pagi mula mesyuarat, ayam kat Taman Burung tu jaga jam 9 pagi hu hu hu) tetapi tamatnya hamper jam dua belas menyebabkan perut memang masuk angin. Itu yang satu badan masuk angin, kemudian terbawa-bawa angin tu dalam mesyuarat hingga angin satu badan (berapa banyak angin daaaaaa….).

TPM II ajak makan tengahari kat Puri Pujangga . Itu memang tempat kesukaannya untuk mengisi perut. Aku ikut sahaja. Bagi aku makan kat mana-manapun sama sahaja, asalkan kenyang. Dok kelam kabut pi mai pi mai, tak terperasanpun entah bila kunci pejabat hilang. Segugus. Bersekali dengan kunci peti surat dan kunci bilik tidur kat rumah. Adusssss haru biru jadinya. Tak mahu fikir panjang sangat, kepala pun dah kekurangan gula menyebabkan darah tersendut semput alirnya, aku pinjam kunci pendua dari pejabat. Gunakan untuk sementara sehingga kunci berkenaan ditemui semula ataupun disalin kemudiannya.

Asalnya nak pergi makan berdua sahaja, tetapi tetiba pulak seorang rakan yang lain ikut serta. Tak kesahpun. Lagi ramai orang, lagi meriah kan. Mereka berdua lebih suka buffet dengan pilihan makanan yang pelbagai. Aku kan tengah diet. Jadinya, cuba elakkan makan nasi setelah dua hari lepas makan dengan gelojohnya nasi kerabu tepian longkang menyebabkan slot diet terburai. Naik semula berat 1kg kerana sebungkus nasi itu hu hu hu..Aku hanya order mehun Hong Kong dan fresh oren. Betul-betul fresh!

Acara makanpun berwarna warni. Namun pertanyaan ini buatkan aku terdiam seketika, buatkan makan tengahariku yang meriah itu tetiba dating suram. Selerapun perlahan-lahan menghilang;

SZ: U tak ada boyfriend? Special one?
Aku: Belum jumpa
DZ: I dengar bukan main ramai lagi kawan u
Aku: Kawan je…tak ada special. Tak sempat nak pikir (Dah habis alasan lain kot!)
DZ: U jangan kata yang u ni tak ada rasa nak… (ayatnya sengaja digantungkan. Saje je nak undang kontroversi!)
Aku: Buat masa ni tak nak pesongkan focus. Mana yang rasa nak reject, I reject je dulu selagi boleh…
SZ: Ohhhh ada masa boleh reject, ada masa tak boleh ya?
Aku: selagi belum kahwin, peluang untuk reject tu besar. Menyesalpun taklah besar sangat. Kalau dah kahwin, mana boleh reject lagi…kena pikir panjang, libatkan ramai orang. Tak fikir diri sendiripun, kena pikir anak-anak ke, keluarga ke...
DZ: Bukan maksud u tak berminat dengan lelaki kan?
AKU: I masih lagi manusia biasa, bukannya dendam lelaki…bukan fobia dengan lelaki atau menolak kehadiran lelaki.
SZ: (bacakan terjemahan ayat qur’an dan hadis tentang perkahwinan, bina masjid dan bla bla bla…).
AKU: I bukannya menolak lelaki, tetapi belum jumpa yang sesuai…kalau sesuai dan tidak memesongkan fokus hidup i…kedatangannya dialu-alukan. I Sudi untuk di urat…

Ambek engkau!
Mmmmm sah lah kan ramai yang beranggapan aku masih lagi solo kerana sedang bencikan lelaki?

Aku memang memperjuangkan golongan wanita yang tertindas dek penganiayaan lelaki, namun tidak bermakna anti lelaki. Jadi, wahai lelaki budiman, peluang untuk anda masih lagi terbuka. Yang budiman sahaja ya…sila isi boring permohonan dahulu untuk menilai tahap kebudimanan anda. Yang tak berapa nak budiman tu...pi main jauh-jauh. jangan nak menyibuk kat sini pulak!

Salah faham mereka yang kedua: Aku terlalu memilih.
Yup, aku memang akuinya perlu memilih. Pilih seseorang yang tahu apa yang aku nak, apa yang aku perjuangkan dan apa yang aku tak suka. Seseorang yang tahu apa yang boleh menyebabkan angin aku naik, kemudian sabar untuk hadapi angin puting beliung itu. Seseorang yang tahu bagaimana untuk memujuk aku dan dirinya sendiri, kerana aku tak reti nak pujuk orang, tetapi kalau aku merajuk…tersangatlah dahsyatnya!

Aku juga perlu pilih seseorang yang tahu hargai dirinya sendiri sebelum hargai aku. Berjuang untuk dirinya sendiri sebelum berjuang untuk aku, negara atau bla bla bla…Seseorang yang tahu mana datangnya, mana arah perginya, apa yang dikejarnya, apa yang sengaja dicicirkannya untuk dapatkan sesuatu yang lain.

Aku perlu pilih seseorang yang boleh lembutkan keras kepalaku, bersabar dengan kerenahku, seseorang yang sanggup melepaskan aku terbang biar ke dunia manapun dengan rela dan sentiasa yakin bahawa aku akan pasti kembali semula kepadanya setelah lelah melanyah tinggi di udara, seseorang yang penuh percaya aku mampu tukarkan cengkerang menjadi mutiara, api menjadi salju. Seseorang yang akan sentiasa aku perlukan setiap saat gembiraku, gusarku, gelisahku, resahku, dukaku dan sentiasa tertadah telinganya mendengar omel merduku.
Dan seseorang itu, aku mampu untuk hormatinya.

Seseorang itu pula, tidak satupun tersenarai perlu punya badan yang besar, rumah yang besar, kereta yang besar, poket yang besar…kerana jiwanya yang besar itu lebih penting dari segala.

Kiranya anda punya jiwa yang besar, peluang masih ada untuk isi borang permohonan. Mana tahu, temuduga nanti anda akan Berjaya!

2 ulasan:

dina berkata...

memilih bukan kerana cerewet, tapi memang kena memilih dgn lelaki zaman globalisasi... macam2 peel lelaki yg kita tak jangka...

anyss berkata...

Dina: lelaki tak suka dipilih-pilih...hu huhu, depa memang suka memilih