Sabtu, 29 Mei 2010

Kalaulah Mampu Untuk Sembunyi

Entri ini hanyalah iklan, sementara catatan lain di Aceh siap dicatat semula dari buku nota ;)


Sesekali Aku Ingin Sembunyi

Pernahkah rasa seperti aku
tiba-tiba diri bagai begini



pecah tempat diam
terburai sumber nafas
terjuntai akar hidup
berguguran dedaunan hijau
Tinggal hanya kerdil batang
tanpa indah tiada endah
tanpa bunga tiada lagi bangga

Adakala ingin jadi siput babi
sembunyi dalam cengkerang
tanpa peduli
ombakkah membadai
ributkah melanda

Ada masa ingin jadi gonggok
selindung dalam gulung diri
tanpa hirau
hujankah menimpa
panaskah memijar

Aku hanya ingin selindung
seluruh rasa
kerna masam jeruknya
biar tak didulang
tetap kaku pohon dikutip
biarpun jemari lelas tertusuk sembilu
akhirnya...pedih itu aku sendiri
mengusapnya.


Bandar Baru Bangi


Ps1:

ketika entri ini dicatat,
migrine telah beransur pergi, namun...
suhu badan kian meninggi, jadi...
sila abaikan entri merapu dari seorang yang tiba-tiba sahaja
diserang demam
sila datang melawat dengan sejambak bunga (besarrrrr punya!)
atau sekotak besar buah topoh ;)


Ps 2:
Cik Bintang:
ketakstabilan hormon buatkan hati mudah benar tersentuh biarpun sedaya upaya cuba dikawal.
Ampunkanlah khilafku, benteng sabar ini tidak seteguh mana.
Palit itu tidak sepatutnya terkena, tapi Shrek...
tetap kutunggu jua.

3 ulasan:

Cetusan berkata...

ciannyaaa...

sembunyi resah??

azieazah berkata...

Demam juga? Jangan malas makan ubat nanti cepat baik.

MokYang demam seminggu jer, tapi batuk sebulan...!

anyss berkata...

ZZ: mmmmmmm rasa macam nak masuk je dalam almari dan sembunyi...

Mok Yang: :D dah baik walaupun sesekali migrin tetap datang...