Jumaat, 2 April 2010

Saat Semuanya Hanya "Tinggal Kenangan"

Setiap orang menyimpan banyak kenangan tak kira manis-indah, pahit-sengsara, pedih-luka, gembira-bahagia, pilu-sendu, ...berbaur semuanya. Biarpun kala mengharung semua itu, kita rasa bagai tak mampu untuk melangkah lagi, namun akhirnya, tanpa sedarpun semua kenangan itu berlalu. Biarpun kita mahu sahaja mengecap nikmat nan indah dek kebahagiaan dan kegembiraan itu agar hadirnya berpanjangan dalam hidup, mahu atau tidak kita perlu redhakan juga keindahan itu pergi.

Semuanya boleh dating dang pergi, bertukar dan berganti. Dek kerana itu, orang tua-tua sering mengingatkan agar tidak terlalu ria saat gembira atau tidak terlalu nestapa semasa dirundung derita.

Hari ini, pagi sangat cerah, tengahari terlalu hangat dan petangnya dikejar gerombolan gemawan yang menghitam. Dan hari ini juga, banyak hati yang tersentuh. Banyak hati yang tiba-tiba terbuai sayu. Terasa kehilangan. Itu memang adat dunia, setiap kelahiran akan perlu menjalani satu fasa bergelar kematian.


Bersama tangisan awan yang masih juga pamerkan sayunya di dada langit, biarlah kuhiburkan kalian dengan satu lagu yang sangat bermakna ini. Banyak kesayuan di dalamnya, namun pada masa yang sama…ada ketenangan yang sukar untuk dijumpa dalam lagu lain. Cik Bintang, lagu ini memang indah didengar, sedap dilagukan…dan begitu mendalam usikannya di hujung tangkai hati.

Saleem - Tinggal Kenangan

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan




Hati lebih tersentuh kala mendengar suara sayu Saleem. Hujan di hati telah lama teduh, namun ladungnya masih lagi membasah ruang.

4 ulasan:

iza~de~bintang berkata...

Lagu ni memang mendayu dan penuh makna untuk sesiapa yang suka, tapi entah kenapa untuk saya biasa2 saja. Kalau setakat nak kara-ko mmg takda masalah. Mungkin kerana tiada apa yang nak saya kenangkan atau rindukan pada kenangan(^__^)

Banyak bintang di galaksi, saya nak jadi bintang yang bahagiakan keluarga, sahabat2, dan orang2 yang hargai kewujudan saya. Selebihnya saya tak begitu peduli, hidup sangat singkat, sejak umur belasan tahun saya dah ada uban, agaknya umur pun tak panjang, rasa macam tak sempat fikir pasal yang remeh temeh..

chewwwah...leh gitu :D

Anyss weh jangan sedih2 lagi... seperti yang saya selalu leterkan... Caiyok..teruskan usaha. Gapai impian. Cipta kejayaan. Yeah!!!

anyss berkata...

Cik Bintang: Mana ada sedih, hanya cerita pasal cuaca yang tak menentu dan lemak merdu suara Saleem ;)

azieazah berkata...

Adakala kita rasa lebih nikmat dalam kesedihan berbanding gelak tawa, kan?

kesedihan tidak salah...
kesepian tidak salah...

nikmatilah ia kerana sungguh seronok kerana kita mampu miliki perasaan itu..

uishhh buat novel best nih.. hehehe

anyss berkata...

Azieazah: leh jual ke novel sedih2 ni? ;)