Hari ini terlalu pendek untuk menulis sesuatu di blog. Sejak pagi, aku terjebak dengan tugasan yang tiba-tiba perlu disiapkan sebelum jam 2.30 petang. Belanjawan juga perlu disertakan walaupun tak sehebat belanjawan negara, namun jumlah yang terisi itu bakal menentukan perjalanan tugas kami pada tahun ini. Kalau semua itu diterima dan projek itu dapat dijalankan pada tahun ini, sekurang-kurangnya boleh tarik nafas lega untuk beberapa perkara. Kalau tidak diterima, tetap juga dijalankan namun tanpa biaya. Bermakna, pembiayanya adalah diri sendiri. Menggunakan duit poket yang sepatutnya diguna untuk kelangsungan hidup, tetapi perlu disisihkan untuk perbelanjaan pekerjaan (orang kata, ramai pekerja salah guna harta pejabat untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak ada orang nak dedahkan berapa ramai pekerja di Malaysia ini gunakan perbelanjaan sendiri untuk melancarkan tugasan pejabat).
Tengaharinya, aku tak sempat langsung untuk makan, walaupun sekadar minum secawan neskefe panas yang telah 3 kali kujerang di sebelah meja. Sedar-sedar air dan sejuk. Panaskan semula. Sejuk lagi. Aku sedar tentang kealpaan berkenaan ketika jam dah ke angka tiga setengah. Terlebih masa satu jam dari sepatutnya. Saat itu aku fotokopi semua kerja berkenaan sebanyak 11 salinan. Tangan tergigil-gigil menekan butang mesin fotostat hingga seorang staf sempat menegur. Akhirnya, dia hulurkan 2 biji kuih untuk aku santap. Tambah gula dalam darah, katanya.
Saat kelam kabut membuat salinan, aku terdengar berita tentang Timbalan Pengarah kami. Ayahanda yang tercintanya telah dipanggil Yang Esa. Dia sebenarnya baru masuk bertugas kelmarin. Kami berpeluk manja di tepi tangga menyambut kembalinya dia untuk bertugas setelah cuti panjang kerana mendapat cahaya mata. Baru dua minggu lepas, dia kehilangan nenda tercinta, kali ini ayahanda pula.
Beberapa saat sebelum suami tercinta menjemput, aku sempat mendengar keluh kesahnya. Aku sempat mendengar rintih hatinya. Aku sempat menahan rasa menyaksikan sebak dadanya. Yang dia kesalkan hanya…"belum cukup berbakti sebagai seorang anak". Dia hanya dua beradik, dan adiknya itu telah kembali mengadap yang Esa ketika dia di bumi orang; beberapa bulan sebelum menyiapkan phDnya di UK. Hanya dia tempat mereka mencurah segala. Hanya dia perlu berbakti untuk keselesaan keluarga. Dan dia, lebih rasa duka kerana ayahanda tercinta tidak sempat ke rumah baru yang dibelinya untuk mereka (ayah dan bonda). Baginya, belum banyak sempat dilakukan untuk allahyarham. Namun, aku tahu…ayahandanya itu pergi dengan rasa puas.
Dia seorang yang prihatin tentang orang lain, lalunya hari ini aku nampak betapa prihatinnya orang lain terhadapnya. Dia sentiasa ambil berat tentang orang di sekelilingnya, dan hari ini aku lihat betapa orang di sekelilingnya sangat ambil berat tentangnya. Ramai yang menangis bersamanya. Ramai yang berduka bersamanya. Sesaat aku terfikir…andainya aku yang dipanggil, sebegitukah orang berduka? Ataukah, mengiringi perjalananku dengan senyum dan syukur? (maafkan kecelaruan minda ini!)
Mungkin ramai yang sukakan lagu ini… Andai Ku Tahu. Ya…kalaulah kita tahu bila masanya kita akan dijemput. Masihkan akan disesalkan apa yang tidak sempat disiapkan?
Ungu: Andai Ku Tahu
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]
Dan, kiranya detik itu tiba kala ini, bersediakah kita? Bagaimana dengan deretan perkara yang belum sempat untuk disudahkan ini? Bagaimana dengan sederet lagi perkara yang belum sempat kita kejar? Bagaimana pula dengan senarai hal tertentu yang masih kita rancang dan terbengkalai begitu sahaja, siapa akan teruskannya?
Pelbagai perkara berlaku hari ini, dengan banyak rasa juga. Aku mengharapkan Timbalan Pengarah aku nan cekal itu tetap tabah hati, sentiasa cekal dan kuat kerana aku tahu, dia memang mampu hadapi semua ini.
Pelbagai perkara berlaku hari ini, dengan banyak rasa juga. Aku mengharapkan Timbalan Pengarah aku nan cekal itu tetap tabah hati, sentiasa cekal dan kuat kerana aku tahu, dia memang mampu hadapi semua ini.
Aku harapkan aku sempat siapkan senarai perkara tertentu yang aku rancangkan dalam hidup ini dan boleh jumpa Dia dengan TANPA rasa bersalah untuk itu. Aku harapkan aku sempat gapai dua tiga perkara lagi sebelum dipanggil. Aku juga sentiasa harapkan aku sempat melihat keajaiban sebelum menutup mata. Aku harapkan beberapa orang ditunjukkan nur dan hidayahNya, semasa aku masih bernafas. Kalaupun mereka enggan, malu atau segan untuk menatap mataku pada saat itupun, tidak mengapa. Aku hanya harapkan mereka tahu apa Yang Sebenarnya (macam lagu Yuna lah pulak). Itu sahaja. Tak perlu rasa bersalah, tak perlu rasa segan dan silu. Aku hanya nak mereka tahu. Cukuplah. Hanya tahu tentang kebenaran. Agar nanti, mereka tidak hidup dalam syakwasangka, agar mereka tidak perlu beratur di kaunter pertanyaan semasa di Padang Mahsyar (Cik Bintang, sila jangan ketawa…senyum saja dah cukup ;) )
Entah kenapa aku rasa betapa tak ada impian yang terlalu tinggi dalam hidup aku. Adakah anda juga rasa sebegitu?
Patutnya entri ini pendek sahaja sebab aku tengah lapar tak sempat makan tengahari. Namun, entah kenapa tetiba jadi panjang. Apapun, semoga anda miliki apa yang digelar kebahagiaan. Selamat berbahagia.
Pss: Cik Bintang, sila dengar nasihat Dr…makan ubat dan banyakkan rehat.
4 ulasan:
kalau kita tahu waktu itu. senang lah kerja manusia
Naz: begitu? ataukah dunia akan lebih kacau?
perjuangan daam hidup ini tak pernah akan habisnya, biar pun kita di keadaan mana... baik dalam kerjaya pun ketika kita bersara di rumah sebegini...
yang pasti kita bukan diharusnya berleka atau rasa selesa dalam apa jua keadaan... kita kena meredahnya dengan sabar biak waktu suka & duka...
yg penting tentukan matlamat diri & jangan sampai kita terusan terhimpit & kerugian...
boleh rugi jika kita benar-benar dalam berkeadaan beriman...
umpamanya terasa rugi tika kita silap laku, tika kita alpa tika kita tidak peka akan hubungan sesama kita...
bukan rugi ketika kita terlepas dengan sesuatu yang melekakan...
iDan: Dalam maknanya kata2 sdr kali ni; tersurat dan tersirat.
Catat Ulasan