Isnin, 5 April 2010

Bila Dia Melirik Manja, Alahai...terlupa hatiku tertinggal di mana

Orang kata Che Mek Molek ni sombong, susah untuk didekati. Kalau dah dekat, gelenyar lah pulak lebihnya. Manja, mengada-ngada, tergedik-gedik...pendek kata boleh tangkap leleh hati ramai lelaki. Pandai menggoda dengan senyumnya yang manis (maklumlah terlebih gula), suka menjeling-jeling (adakala sampai juling).
Ada sesiapa nak komen pasal puak Che Mek Molek yang pandai cari duit dan menggoda ini tetapi tak makan dek saman? Sila komen setulus hati anda. Semua akan diluluskan untuk tatapan ramai sekiranya tulisan anda tidak mengganggu gugat ketenteraman awam dan tidak tergolong dalam tulisan yang boleh menyebabkan saya perlu akur kepada akta fitnah dan hasutan.

Mahal tak mahal, menggoda ke tidak, terpulanglah kepada anda. Tanggapan anda. Apa yang pasti, lagu ini memang sedap didengar dan indah untuk digelek bersama-sama. Menanti hujan teduh di luar, apa kata kita gelek ramai-ramai ;)


Cik Mek Molek Oleh M. Daud Kilau


kalau dah mata bertentang mata
hati didalam bagai nak gila

pertama kali ku melihat wajah si dia
pertemuan bermula ditaman si kebun bunga
situlah...
mulanya berjumpa bertentangan mata

mulai dari itu hatiku tertanya-tanya
siapakah gerangan si cantik jelita
kelipan matanya hinggakan aku terpesona

Pabila namanya ditanya dia masam
namun begitu jelingannya ku faham
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek...X3

hai puas juga aku bertanyakan namanya
namun begitu dia tetap endah tak endah
kudiam campur geram

dia senyum lantas tangan ku dipegang





4 ulasan:

caluk@cencaluk berkata...

feeewiitt he he

anyss berkata...

Caluk: Yehhhhh gelek!!!! Lupakan bluesssss sat hu hu hu

azieazah berkata...

Memang best lagu ini. MokYang pun suka dengar. Tak jemu...

Pernah jumpa sendiri dengan Datuk M Daud Kilau dan request lagu ni dlm suatu majlis...

Komen? Che Mek Molek takda masalah pun, cuma lelaki Kelantan saya agak cuak. Konon cerita, mereka hanya lebih sukakan wanita tempatan sahaja, kalu dgn wanita luar dari Kelantan, sekadar utk bersuka dan berseronok saja. Utk dijadikan isteri, fikir 10x..

Tapi ada juga yg bertemu jodoh dgn orang luar, kan?

anyss berkata...

Azieazah: jodoh itu ketentuan Allah. Ramai juga wanita kelantan tak suka lelaki kelantan ;)