Ahad, 20 Julai 2014

Perintah Berkurung Di Perairan Sabah bermula Semalam


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa semalam hingga 2 Ogos ini, bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi. Tiada sesiapa pun, kecuali anggota keselamatan dan orang yang diberikan pengecualian yang boleh berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan pada waktu tersebut.

Pengisytiharan perintah berkurung adalah di bawah Seksyen 3 (1) Akta Polis 1967. Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

Mana-mana orang, selain anggota keselamatan yang perlu memasuki atau melalui kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung perlu mendapat permit pengecualian perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) di kawasan mereka berada. Apabila diarah oleh anggota pasukan keselamatan untuk berhenti dan diperiksa hendaklah meberi kerjasama dan sekiranya gagal berbuat demikian anggota keselamatan akan mengambil segala tindakan yang perlu termasuk menggunakan kekerasan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Sesiapa yang dijumpai di kawasan perintah berkurung adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap tanpa waran di bawah Seksyen 3 (2) Akta Polis 1967 serta dituduh di mahkamah dan dihukum mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967. Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Memandangkan kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung adalah meliputi kawasan lautan dan melibatkan penggunaan bot, perahu atau kapal, maka anggota pasukan keselamatan akan memberikan arahan dengan menggunakan pembesar suara, lampu, siren atau cara-cara lain yang bersesuaian.

Nelayan laut dalam yang keluar menangkap ikan pada waktu malam dan lalu di kawasan tersebut boleh memohon permit daripada OCPD, namun mereka tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan perintah berkurung. Pelancong yang berada di pulau peranginan juga tidak dibenarkan keluar dari pulau berkenaan atau melakukan aktiviti selaman dalam tempoh ptersebut.

Jika terdapat suspek yang disyaki melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan.

Kalau dalam tempoh 14 hari kawasan ini masih tidak selamat, strategi lain akan dibincangkan dan tindakan susulan sama ada menggunakan Public Order (Preservation) Akta 1958 (POPA) atau mengikut pertimbangan undang-undang yang diperuntukan. Jika POPA dikuatkuasakan, kuasa diberi kepada OCPD (isytihar perintah berkurung) tidak melebihi 24 jam, Pesurujaya Polis tidak lebih 48 jam dan menteri tiada had.

Komen aku:
Rasanya macam dah lama hidup, inilah pertama kali berhadapan dengan situasi memerlukan perintah berkurung diistiharkan. Ikut sejarah, masa perang dulu je ada aperintah berkurung dan mungkin terakhir kali dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Kalau Tanya pendapat aku, dah tentu aku setuju dengan pengistiharan ini. Untuk kebaikan Sabah dan Malaysia juga. Namun, kita juga kena sedar bahawa kawasan ini terlalu luas dan sukar dikawal. Tugas menjaga keselamatan Negara di Sabah sangat mencabar bagi pasukan keselamatan, terutama pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Tabik spring toink toink kepada anggota keselamatan Negara yang sentiasa bersedia berbakti menjaga keselamatan Malaysia tercinta ini.

Sabtu, 19 Julai 2014

Ku tunggu waktu bila bertemu, Hidup matiku hanya untukMu


Balik kerja meredah lalu lintas di Bangi yang agak banyak kenderaan waktu sebegitu, tetiba beralun lagu syahdu. Hati terbuai…


Lirik Lagu Pintu Rindu - Siti Nurhaliza

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..

Jom kita dengarkan lagu yang syahdu membuai rasa ni…



Rasa diri terawang awangan.

Jumaat, 18 Julai 2014

Sidang Media Pertama MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine


Berikutan berita tentang pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine semalam. Berikut adalah video pengumuman rasmi Sidang Media Pertama MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine



Dalam tempoh setengah tahun, dua tragedy besar melanda Malaysian Airline MAS dan Negara. Alfatihah dan semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Mereka pergi pada bulan yang mulia. Paling tidak ada serpihan MH17 dijumpai berbanding MH370 yang hilang ghaib tanpa klu.