Rabu, 28 Julai 2010

Maaf Sebelum Ramadhan Menjelma


Mmmmm tengok tajuknya, macam beria-ria tak ingat dunia nak sambut kedatangan Ramadhan. Memang tak sabarpun. Banyak kelebihan Ramadhan selain kehilangan berat badan dan latihan bajet yang memang menjadi. Kelebihan-kelebihan lain tu sila tanya Inche Google, hari ni malas nak tulis kutbah jumaat.

Semenjak dua tiga menjak ni, aku memang jarang datang pejabat. Boss pun hairan, tetapi…ada aku kesah? Aku bukannya sesiapa yang dia nak kesahpun, bak debu yang berterbangan dan hinggap di hujung sepatunya yang akan menghilangkan kilat sapuan polish kelmarin sahaja. Jadinya, sehingga hujung tahun nanti, aku akan sentiasa tak ada di pejabat (Nampak macam aku lah pulak dah jadi bos kan? Hu hu hu memang aku tak kesah).

Namun, saban hari, aku tetap luangkan masa menjenguk dan menyapu ruang blog yang aku agak sangat mudah bersawang dan berhabuk ni. Banyak perkara yang aku nak tulis, namun jari jemari bagaikan sudah capek untuk menari di kekunci. Jadinya, anda perlu bersabar hingga tahun depan untuk melihat blog ini dikemaskini secara kerap. Hingga ke saat itu, aku hanya akan kemas kini sesekali sahaja. Itupun kalau dah gian sangat. Yang paling kerap aku boleh tulis hanyalah…sekali seminggu sahaja (macamlah sebelum ni kerap sangat kemas kini).

Walaupun aku tidak di sini sentiasa, tidak bermakna aku akan mengabaikan blog ini. Tidak bermakna sesiapa sahaja boleh meninggalkan kata-kata manis di kotak laung bak jurujual di uptown. Blog walking dan sapaan untuk memenuhi nilai ringgi semata-mata tidak akan dilayan. Bukan sahaja akan dipadamkan dari kota laung tersebut, istiharkan anda sebagai spam juga. Kejamkah?

Memang kejam kan? Aku akuinya. Aku bukan dengki dengan orang lain yang berusaha mencapai nilai ringgit menggunakan blog. Namun, andainya blog ini yang dah bertahun-tahun dibangunkan (macamlah lama sangat kan) hanya disinggahi selama 2 saat sahaja, adakah anda ikhlas untuk singgah sebenarnya? Sebegitu tidak ikhlasnya anda singgah di sini, maka sebegitu tidak ikhlasnya juga penerimaan tuan rumah. Adil bukan?

Tak baik kan curigai orang lain? Mmmm itu memang dah hakikat hidup. Bila kita mengaku diri kita hanyalah makcik cleaner kat pasaraya, boleh anda nampak perubahan air muka orang yang tanya itu? Kalau tak lama, cukuplah sesaat. Kemudian, dia dengan rasa bersalah akan kata “apa-apa kerja pun tak apa, asal halal…”, namun katanya itu masih mampu lagi kita nilaikan ikhlas tidaknya berdasarkan body language yang terpamer.

Apa yang aku dah melalut ni? Sebenarnya entri ini aku tulis sebab nak beritahu sesapa yang blog walking dan tinggalkan pesanan kat kotak laung tu untuk meraih wang semata-mata, aku akan padamkan dan tolak dia ke kotak spam. Jelas? Mmmmmm bolehpun tulis dengan ringkas dan padat, yang aku melalut sampai ke makcik cleaner tu kenapa ya?

Ohhhhhh Ramadhan dah tersangat dekat. Maafkanlah aku sebelum Ramadhan menjelma.
Mmmmmm macam pelik pulak bila entri tak ada gambar yang berlambak-lambak ;) nanti rayalah ya letak gambar banyak-banyak...

Jumaat, 23 Julai 2010

Kembali Ke Zaman Silam

Pernah tak terasa macam nak kembali semula ke zaman silam? Kiranya berpeluang berbuat sebegitu, zaman mana yang nak anda pijak semula?

Aku teringin nak ulang semula zaman sekolah menengah walaupun tak suka peperiksaan.

Kiranya dapat kembalikan Kuala Lumpur ke wajah ini, bagaimana agaknya kita ya?





Jom berangan...bukan kena bayar pun!

Dan aku tetiba rasa kagum dengan Pak Arab ni...mendaulatkan bahasa Buduku lebih tinggi dari aku sendiri



Tabik spring!

Isnin, 19 Julai 2010

Mengayam Mutiara Jadi Kenangan Indah

Separuh minggu ni aku habiskan masa menadah angin laut di Pulau Mutiara. Tak sah ke Pulau Pinang kalau tak beli jeruk ni kan?
Line Clear punya...yummy!


Terima kasih Aop, bawa jejalan ke Rumah P.Ramlee dan Padang Kota.





Pekena pasembor. Licin!




Terima Abby, dengan novel comel ni;

Dah habis baca masa tunggu belon. Ulasan? Kiranya ada kesempatan, insyaAllah. Namun tak mampu nak janji sangat, hidup ni tengah nazak mengejar masa.

Sempat ke Kulim berkejaran bersama mereka di Taman Burung, Seberang Jaya;








Naik feri ke pulau...


Sangat letih. Tenaga dah habis. Lain kali sahaja sambung tulis ya ;)


Sabtu, 17 Julai 2010

Sauna Kecantikan Gaya Baru: Efektif dan Percuma

Nak tahu sauna paling baik untuk kecantikan? Silalah mandi dengan kopi panas; Ipoh White Kopi. Sangat mujarab. Tak percaya? Cubalah. Sangat mujarab. Tanpa bahan kimia tak terjadual. Sungguh mesra alam. Lebih efektif kiranya dilakukan 30 ribu kaki dari aras bumi dalam Airasia. Percuma sahaja. Ada sesiapa nak cuba? Aku dah mencubanya.

Tony Fernandez tak perlu risau. Kali ini aku tak akan tulis panjang-panjang tentang isu itu. Tak akan saman juga. Amy Search perlu bayar ganti rugi RM18 ribu sebab seorang budak bermandikan Tomyam di restoren Cheng Ho nya. Agak-agak berapa aku boleh tuntut daripada Airasia ya?

Tony Fernandez tak perlu risau. Entah kenapa aku rasa macam baik hati sangat kali ni. Itupun setelah baca tentang perkhidmatan penerbangan di negara asing yang Mazidul tulis di blognya. Insaf sekejab kot. Mmmmm banyak juga RM18 ribu tu kan....ohhhh...agak-agak dapat tuntut lebih tak? Airasia lagi glamour dan kaya daripada Amy Search kan? Berapa banyak depa boleh tutup mulut aku yang macam tempayan ni ye? Satu tempayan, cukup? Besauuuuuu punya hu hu hu

Sejak Rabu, aku sudah di sini;


Jom pekena Mee Udang ;)

Selasa, 13 Julai 2010

Jamu Mata

Isnin, aku migrine teruk. Walaupun berjaya tidur selama satu jam di bawah meja di pejabat, namun tak hilang juga. Semuanya gara-gara ini;



















Kepada kumbang, kepada pencinta bunga, kepada pemuja bunga, kepada sesiapa yang rasa nak nikmati semua ini, sila lah ke Precient 2 Tasik Putrajaya. Ahad nanti hari terakhir.


Pendek kan aku tulis kali ni...