Selasa, 3 Mei 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2

Dah tak berapa nak muda lagi untuk tengok filem cinta. Agaknya cinta dah mati dalam hatiku huhuhuhu alahai!

Dulu aku tengok filem Ada Apa dengan Cinta kat TV ke kat internet ek? Lupalah pulak. Tapi filem yang pernah jadi fonomena itu aku suka bukan sebab apa…ada banyak lagu-lagu yang merdu.

Melly Goeslaw ft Eric - Ada Apa Dengan Cinta




Untuk filem Ada Apa dengan Cinta 2, pengarahnya masih sama, Riri Riza. Pendokong watak utama pun masih Cinta dan Ragga yang dulu iaitu Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra. Dah tentulah mereka ni makin jelita dan sado…ek?

Lagu OST Ada Apa dengan Cinta 2 juga masih guna penyanyi hebat Melly Goeslaw.

Melly Goeslaw & Marthino Lio - Ratusan Purnama



Sebenarnya kagum dengan filem ni sebab gunakan puisi sebagai sesuatu yang memberi makna kepada cerita. Orang sekarang, mana ada masa nak berpuisi bagai huhuhuhu

Puisi dari Cinta “Tentang seseorang”



Puisi Ragga untuk Cinta dalam APDC




Puisi dalam Ada Apa Dengan Cinta 2




Nak masuk panggung ke tengok?
Mmmmmm bila masalah nak pergi tengok. Asal hari Ahad je, ada kelas.
Sekarang ni kita dengar lagu-lagu OST Ada apa dengan cinta 2 ajelah dulu ya...malas nak cari sinopsis filem ada apa dengan cinta 2. Lain kali boleh? 


Jumaat, 29 April 2016

Maka Nikmat Manakah Lagi Mahu Didustakan?



Kerapkali kita terlupa untuk syukuri tiap nikmat yang Allah anugerahkan. Hanya belek dan sibuk mencari apa yang belum ada, sedangkan dengan setiap apa yang ada itu lupa untuk disyukuri. 

Kita rasa kita ni bukan orang terpilih yang punya segala. Padahal, sudah terlalu banyak dianugerahkan kepada kita. Lupa nak bersyukur bila celik mata setiap pagi …rupanya kita masih bernafas. Lupa nak syukuri masih punya pekerjaan untuk menampung kehidupan sendiri dan keluarga, setiap hari masih juga memikir-mikir untuk nak lagi, lagi dan lagi. Hingga nak ucap “alhamdulillah” pun tak sempat.

Sesekali kena juga muhasabbah diri. Orang alim ulamak jadikan mencuci tandas supaya sentiasa tawaduk dan terhindar sifat bongkak. Kita, bagaimana? Jom kita semak diri sekejab:

Surah Ar-Rahman terdiri dari 78 ayat. Dalam surah ni, ayat “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” diulang-ulang sebanyak 31 kali sebagai ingatan kepada hambaNya tentang nikmat Allah yang luar biasa, tak ada satupun yang dapat kita dustakan pun.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1 (Tuhan) Yang Maha Pemurah,

2 Yang telah mengajarkan al-Qur’an.

3 Dia menciptakan manusia,

4 Mengajarnya pandai berbicara.

5 Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.

6 Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.

7 Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).

8 Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.

9 Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.

10 Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk-(Nya).

11 di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang.

12 Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.

13 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

14 Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,

15 dan Dia menciptakan jin dari nyalaan api.

16 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

17 Tuhan yang memelihara tempat terbit dan terbenam matahari.

18 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

19 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,

20 antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.

21 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

22 Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

23 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

24 Dan kepunyaan-Nya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.

25 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

26 Semua yang ada di bumi itu akan binasa.

27 Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

28 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

29 Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.

30 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

31 Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.

32 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

33 Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.

34 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

35 Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya).

36 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

37 Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilatan) minyak.

38 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

39 Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya.

40 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

41 Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka.

42 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

43 Inilah neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang berdosa.

44 Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air mendidih yang memuncak panasnya.

45 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

46 Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga.

47 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?,

48 kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan.

49 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

50 Di dalam kedua syurga itu ada dua mata air yang mengalir.

51 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

52 Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan.

53 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

54 Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutra. Dan buah-buahan kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat.

55 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

56 Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.

57 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

58 Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.

59 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

60 Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).

61 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

62 Dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi.

63 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?,

64 kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.

65 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

66 Di dalam kedua syurga itu ada dua mata air yang memancar.

67 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

68 Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.

69 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

70 Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.

71 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

72 (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.

73 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

74 Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.

75 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

76 Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.

77 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

78 Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai kebesaran dan kurnia.

Selasa, 26 April 2016

Cara Kerja Tiap Orang Itu Berbeza



Tiap orang ada cara tersendiri untuk uruskan kerja seharian di pejabat. Ada orang memang suka diarah-arah satu persatu, ada orang pula lebih suka buat kerja sendiri dengan gaya tersendiri pula.

Kerja aku ni pula jenis tak ada pemantauan. Ikut suka sendirilah nak buat macam mana, asalkan kerja siap. Setiap orang tahu bidang tugas masing-masing dan apa yang perlu dibuat untuk sepanjang tahun. Ada waktu tertentu, bebanan tugas itu akan bertambah, ada masa surut seketika. Sempatlah Tarik nafas seketika, tapi kalau musim tertentu tu, nak Tarik nafas pun tak sempat.

Masing-masing ada cara tersendiri uruskan kerja mereka. Dah tentulah ada kerja jenis jangka panjang yang perlu disiapkan ikut tahun, ada juga jangka pendek ikut semester, malah lagi pendek…ikut minggu. Kadangkala, tak sempat tunggu minggu pun. Yang utama, pada tarikh mati itu kerja kena siap tak kiralah macam mana cara buat pun.

kita hanya anggap kerja kita je susah, kerja orang lain semua senang!
Awal tahun aku akan senaraikan apa yang perlu aku capai untuk sepanjang tahun. Untuk musim biasa, kebiasaannya aku suka senaraikan apa yang perlu aku siapkan untuk hari tersebut. Biasanya pula, senarai itu jarang siap kerana akan ada jugak kerja lain mencelah kat tengah jalan. Tak apa, esok akan sambung lagi kerja yang belum siap itu.

Pertengahan tahun, lihat semula apa yang masih belum siap untuk sepanjang tahun tersebut.  Orang kata, sempatlah nak siapkan sebelum tibanya hujung tahun. Namun, biasanya juga…kerja itu tetap juga perlu di bawa ke tahun hadapan kerana tidak sempat disiapkan. 

Pada tahun depan, deretan senarai itu bertambah lagi. Fuhhhhhhh! Bila nak siap sepenuhnya kalau gini????

Kita hanya anggap kerja kita sahaja susah dan mencabar. Kerja kita sahaja penting. Semua yang orang lain buat tu senang belaka. Mudah belaka. Padahal, kalau kita berada dalam kasut mereka, memang tak terdaya nak capai KPI. Ya dak? 

Apapun, aku suka kerja aku. Kalau pun banyak aura negatif  juga melingkungi, selagi aku berpegang kepada matlamat mengapa aku kerja kat sini dulu, makanya aku akan terus di sini. Namun itu bukan bererti aku ni setia sangat. Mana tahu esok lusa jadi Raja Perempuan Kelantan, tulat tu terus lompat balik Kelantan huhuhuhu tak boleh BLAH punya contoh tuuuuu huhuhuhu 


Isnin, 25 April 2016

Selesai Urusan dengan Bank Unta

Minggu lepas balik kampong. Sekejab sahaja. Jumaat balik, isnin dah memecut datang semula. Macam tak puas je. Inilah cuti balik kampong paling singkat. Biasanya kalau tak cecah seminggu, memang tak balik.

Masa nak balik tu, aku tengah uruskan claim dengan sebuah bank UNTA ni, ada tulis dalam entri lepas. Bank kalau nak duit kita, sepuluh senpun berkira, tapi bila bank nak pulangkan lebihan bayaran kita, liat bebenornya.

Khamis petang, staff bank unta tu ada telefon, bagi tahu aku kena bayar semula dekat 4 ribu lebih. Sekejab kata ada lebihan bayaran, sekejab kata aku pulak nak kena bayar. Bila staff tu kata “Tak apa, saya akan tutup akaun puan dan puan tak payah bayar pun jumlah tu,” aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Kenapa bank ni baik hati sangat sanggup lupus begitu sahaja sedangkan aku berhutang hampir 4K tu. Pelik dak?

“Boleh tak jangan buat drama samarinda? Setahu saya, bank ni tak adalah baik hati sangat nak tutup akaun macam tu sahaja tanpa buat bayaran. Terkurang sepuluh sen dalam bil pun berpuluh tahun bank tuntut bayar hantar surat,” haaaaaa tak pepasal suara dah mula tinggi, dah mula nak lanyak orang! Aku paling tak suka kalau marah, sebab boleh bertukar kaler hijau jadi HULK.

Dia pun terdiam dengan kata-kata itu dan berjanji untuk semak semula. Semak lagi! Berapa kali mau semak daaaaa!


Dan akupun balik kampong dengan hati yang berat. Kepala serabut. Poket pun tak berapa nak meriah tengah bulan gaji lambat lagi. Berbelanja pun cuba kawal kecuali bab beli makanan. Namun, sebelum balik sini semula, sempat juga penuhkan gerobok dapur dengan keperluan harian mereka. Beli buah mangga yang tak sempat makan pun. Yang utama sempat tunaikan permintaan Mek hantar dia ke klinik kegemarannya. Borak-borak buat lawak bagi senyuman yang panjang lebar kepada semua orang.

Isnin gerak balik Bangi. Dapat panggilan semuanya dah selesai. Sila ke bank unta berdekatan untuk buat tuntutan.

Alhamdulillah. Jumlahnya tak adalah 2.6B, tapi untuk aku yang kesesakan (sekalipun bukan di jalan raya), boleh Tarik nafas sekejab. Sekejab je! Terima kasih bank unta. Sekalipun bertahun penantian itu, akhirnya dadaku yang semput berat dah ringan semula. Sedang tunggu sekeping surat je lagi ni…surat yang mengesahkan penutupan akaun. Entah berapa lama lagi.

Jumaat, 22 April 2016

Coret-Coret Kata Hati




Setiap hari jumpa lebih banyak cerita yang bukan sahaja mematangkan, malah insafkan. Pada masa yang sama, makin rasa kerdilnya diri. Kerdil segala-gala. 

Sebanyak mana ilmu yang dikejar, masih banyak lagi yang belum diterokai. Sebanyak mana usaha yang dilaburkan, masih belum mencukupi untuk jadi saham buat ditinggalkan. Sebanyak mana peluang yang digapai, rupanya masih banyak lagi tak terusahakan. Kita sahaja perasan dah buat banyak benda sedangkan orang lain lagi banyak. 

Masa makin singkat, sedangkan masih terlalu banyak yang belum dilakukan. 

Dah suku tahun berlalu, plan tahunan hanya cincai-cincai tak tahu apa diburu tak tahu apa dikejar tetapi masih belum nampak apa-apa.  Alahai…nak pergi gua bertapa pun tak dan ni…