Isnin, 22 Jun 2015

Cara Tarik Anak-Anak Bersahur

Ramai Ibu bapa pening kepala macam mana nak buat untuk tarik minat anak-anak bangun sahur.  Cerita anak liat bangun sahur bukan kisah baru, aku dulupun payah nak bangun sahur. Sekarang ni pun, kalau boleh aku tak sanggup pun nak bangun semata-mata untuk makan. Awal benar tu pulak nak makan.

Masa berbuka tak jadi masalah sebab memang perut tengah kenyang...errr tengah kenyang ek?. Letak apa pun depan mata, semuanya taram aje tanpa banyak soal jawab.

Masa aku kecik-kecik dulu, mek ada cara tersendiri untuk tarik kami bangun bersahur. Mek memang tahu juadah kegemaran kami. Jadinya, juadah itulah yang akan disimpan untuk sahur. Kalau dulu, dapat bersahur dengan telur goreng cicah kicap tu pun dah nikmat sangat. Maklumlah, jarang dapat makan telur goreng. Kami ni kan marhaen, mampu makan anak ikan goreng sahaja.

Kadang-kadang, Mek buat ayam percik. Kuah percik akan dibanyakkan. Ayamnya dipotong ketulan kecil dan cukup satu sorang untuk semua orang. Makanya, gigitlah sedikit-sedikit supaya cukup dengan timbunan nasi yang banyak tu.

Bila bulan puasa, tetiba ada telur goreng atau ayam goreng, atau ayam percik, apalagi...memasing tak akan lepaskan peluang untuk bangun walaupun masa suap makanan ke mulut tu, mata masih lagi belum buka huhuh u hu

Bila difikirkan semula, betapa mudahnya anak tekak kami mek uruskan berbanding anak-anak sekarang. Ada ayam goreng pun payah nak bangun. Bayangkan lah kalau hanya bersahur dengan anak ikan goreng sahaja. Mmmmm

Kesimpulannya: bila nak tarik anak-anak bangun sahur, menu sedap tu hanya waktu sahur je. Waktu berbuka ni menu biasa-biasa sahaja. Sampai hati tak buat gitu?

Dua hari lepas, kakak bagi tahu keberkesanan idea ni. Katanya untuk sahur dia masak nasi lemak, nasi arab, nasi tomato bagai...bertambah anak-anak makan. Masa berbuka dia masak nasi putih dengan lauk goreng biasa sahaja.

Kepada sesiapa yang susah nak bagi anak-anak makan sahur, bolehlah cuba idea ni. Untuk keluarga kami agak berjaya, untuk anda tak tahulah. cer cuba try test huh uhu hu 

Ahad, 21 Jun 2015

Sebab Najib Tak Akan Turun


Menurut Tun Mahathir, Najib tak akan turun dengan mudah. Ikuti penerangan Tun Mahathir mengapa Najib tak akan turun dari jadi Perdana Menteri Malaysia.



Aku tak nak komen apa-apa tentang Najib. Lebih-lebih lagi tentang Melayu Singapura dan Melayu Thailand. Apalagi fasal orang Melayu Malaysia. Belum campur lagi kuasa raja-raja melayu. Kalau aku komen kang, makan tak sudah. Tak pepasal pulak mencarut di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Deadline

Sebuah filem pendek arahan Alana Yeo dari Singapura.

Sedih. Kisah seorang anak yang baca semua surat-surat ibunya selepas ibunya tu meninggal. Berdasarkan kisah benar, sila cari tisu awal-awal.


Kita selalu sahaja anggap mak ni leceh. Suka paksa buat macam-macam benda yang tak penting pun. Padahal, itulah sebenarnya praktis yang diberikan kepada kita untuk berdepan dengan kehidupan. Entah kenapa, kita hanya nak mudah sahaja sebab selama ni, mak yang buat.

Hargailah orang tua semasa mereka masih ada. Mmmmmm nak balik awal raya tahun ni, nak buka posa dan teman mek masak untuk sahur. Kesian Mek masak sensorang untuk sahur.

Mana kotak tisu? Dah habis?

Ohhhhhh!!!!

Sabtu, 20 Jun 2015

Aku Janji The Promise (承诺)

The Symbol To Remember When Your Family Is Going Through Hard Times

Sebuah filem pendek arahan Clayton Lai dari Singapura. Ia merupakan symbol yang akan mengingatkan kita kepada kekeluargaan pada saat berhadapan dengan kehidupan yang getir.

Filem pendek ni simple sahaja, tentang payung merah yang menjadi lambang kasih sayang antara ayah kepada anaknya.

"The Promise" is a heartwarming story about a widowed father and his son, whose lives are intertwined with a red umbrella they share. Spanning three decades, from the 1980s to modern-day Singapore, their story culminates in a revelation about the umbrella and how it symbolizes a promise that binds three generations past, present and future.


Filem pendek ini juga menerima beberapa award dan anugerah dalam festival filem, iaitu;

• Golden Award Nominee: Best International Film, 2014 World Film Awards, Indonesia
• Golden Award Nominee: Best Story, 2014 World Film Awards, Indonesia
• Award of Merit Nominee: Best Director, 2014 World Film Awards, Indonesia

PssssT: dulu-dulu, TV2 kerap juga tayangkan drama mandarin/kantonis dari Singapura. Ada beberapa pelakon seberang tambak yang saya suka dan minat walaupun tak tahu pun nama pelakonnya. Sekarang ni sangat jarang boleh tengok.

MMMMM kalaa anda biasa tengok drama cina, memang boleh bezakan drama tu dari tanah besar, hong kong, Malaysia atau singapura.

Jumaat, 19 Jun 2015

Tips Berjimat Sepanjang Bulan Puasa

Sepanjang bulan Ramadhan @ puasa, adakah anda percaya bahawa perbelanjaan kita akan bertambah berkali-kali ganda walaupun kita hanya makan dua kali sahaja semasa berbuka dan bersahur? Mmmmmm ada juga sambung makan dengan buah dan sedikit kuih manis selepas terawih.

Itu belum masuk perbelanjaan yang diperlukan untuk persiapan 1 Syawal, kemudiannya sepanjang bulan Raya bila nak buat rumah terbuka. Bagaimana cara nak berjimat sepanjang bulan puasa ni?

Ikut cara aku, memang mudah sahaja. Aku ni berbuka seorang diri sahaja, lima minit dan selesai urusan berbuka puasa sebab aku berbuka puasa mengadap dinding, bukan mengadap TV. Jadi, kusyuk je telan makanan tak pandang kiri kanan hu huh uhu

Bila anda berbuka puasa berseorangan, beli makanan siap masak adalah cara paling murah dan jimat kos kecuali tekak anda boleh berbuka dan bersahur dengan hidangan yang sama. Tapi kena tanggung risikolah andai tekak tak mampu terima juadah di bazar Ramadhan. Sebenarnya memasak sendiri hidangan anda kos lebih tinggi kerana harga barang mentah dan buah bukan main lagi mahalnya. Itu kalau makan sorang macam aku. Kalau ahli keluarga panjang macam keretapi, masak lagi jimat. Untuk beli barang mentah yang sihat, tidak berapa banyak barang yang beli pun harganya hampir seratus. Kalau beli dua bungkus nasi, baru RM12. Itu kalau beli 2 bungkus sahaja huhuhuhusatu untuk berbuka satu untuk sahur. Boleh ke soalnya. Tanyalah hati sendiri!

Risiko juga bila berbelanja di bazar ramadhan ni...pergi pulak masa lapar kan. Semua benda yang nampak kelihatan sedap aje. Terasa nak belaka. Hanya masalah aku ni bila ke bazar ramadhan tu...tak tahu nak beli apa hu huhuhu tak terpengaruh pun dengan apa yang dijual, melainkan bazar ramadhan di Kelantan. Yang tu memang aku boleh hilang ingatan punggah je semua mak nenek yang aku nak huh u huhu fuhhhhhh!!! Tak sabar nak balik kampung pergi bazar ramadhan!


Namun, jika anda boleh telan menu yang sama untuk berbuka dan sahur, boleh sahaja. Jeranglah nasi satu pot, boleh makan dua kali. Seikat sayur kangkung RM2, dan dua ekor ikan kembung. Kalau rajin, ikan kembung goreng untuk berbuka boleh ditambah perisa menjadi ikan kembung masak kicap untuk sahur.

Untuk kuih pula, aku beli kuih frozen. Kalau goreng karipap 3 biji pun dah cukup. Hujung minggu boleh buat bubur kacang seperiuk yang akan dimasukkan dalam beberapa buah taperware dan simpan dalam peti ais, cukup untuk sebulan. Sekali makan satu taperware, tak payah kacau yang lain. Boleh elak makanan rosak bila buat gitu.

Tapi, aku lebih suka buah. Sekarang musim mangga, kalau bukan waktu puasa, aku akan kupas dua biji mangga sehari. Beli pasar malam, harganya boleh dapat 3kg untuk nilai RM10. Mmmmm nak tengok musim puasa ni pulak, manalah tahu harga mangga menjunam jatuh. Raya sakan aku hu huhuhuhu tak payah beli kuih muih dah.

Setiap kali ramadhan, biasanya aku hanya berbuka dengan kurma, sedikit kuih atau roti john sahaja. Paling malas aku buat cekodok bawang. Sahur baru makan nasi dengan satu lauk dan satu sayur. Sangat sederhana. Namun, bila berbuka dengan kawan-kawan atau keluarga, contohnya adik dan adik ipar datang berbuka kat rumah, aku masaklah meriah sikit. Masak siakap tiga rasa ke, sup ke, paling malas pun buatlah ayam masak merah. Mana boleh bagi orang ikut cara kita berbuka, lagi pula meraikan tetamu. Kalau lauk yang dimasak itu masih banyak lagi, bungkuskan untuk mereka bawa balik, sahur nanti tak payah masak dah.

Itu sahaja cara aku berjimat cermat. Bukan berkira dengan diri sendiri tetapi tak mahu berlebihan membazir. Juga nak didik hati agar sentiasa mensyukuri seadanya setiap rezeki yang ada. Bila dah makin tua ni, nafsu nak makan banyak benda tu dah terhad...tapi kalau balik kampung, bukan main semarak lagi kobaran perasaannya huhu hu hu dogaan namanya tu!!