Khamis, 18 Jun 2015

Iklan Raya Tersyahdu 2015

Hari ni Ramadhan pertama. Selamat berpuasa. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa sebelumnya.

Nak bagi semangat sikit untuk jalani puasa tahun ni, makanya pada hari puasa pertama ni, aku letak di entri tentang Iklan Raya Tersyahdu 2015 dari PTS. Setiap tahun ada aje iklan raya baharu yang comey, indah dan bermakna. Namun begitu aku masih rindukan iklan-iklan raya yang digarap arwah Yasmin Ahmad.

Jom kita hayati Iklan Raya Tersyahdu 2015 dari PTS iaitu Kad Raya Syafiqa HD (2015)



Pertama kali aku tengok iklan ni, baru 19 orang tengok. Seronok sebab aku jadi no ke 19 huhuhuhuhu

Ni versi yang panjang;



Sebagai panduan untuk aku sepanjang Ramadhan ni, makanya aku tampalkan waktu berbuka dan imsak bagi negeri Selangor kawasan Gombak, Shah Alam, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang. Nanti hari-hari boleh belek blog ni sebelum berbuka ;)


Rabu, 17 Jun 2015

Bila Menteri Dah Tak Ada Kuasa

Bila Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan meroyan berhubung isu kad prabayar yang akhirnya tidak dapat diselesaikan juga dan rakyat tetap dikenakan caj GST untuk kad prabayar, aku tak heran sangat. 

Kerja pembangkang memanglah kena bangkang apa yang patut, tapi bila menteri kata dia “tak ada kuasa” untuk tangani isu semalaya sebegitu, aku pun rasa nak meroyan.

Buat apa jadi menteri kalau tak ada kuasa. Baiklah pergi jadi bajau laut sana, paling tidak ada juga faedahnya kepada orang bila jual hasil tangkapan laut. Buang boreh je pembayar cukai dok bayar gaji menteri yang tak ada kuasa begini.

Isu kad prabayar kena gst, menteri tak ada kuasa. Tol naik, menteri tak ada kuasa. Petrol naik, menteri tak ada kuasa juga. Jadinya, kuasa menteri tang mana? Tang gila kuasa?

Di Zimbabwe, harga tiket train naik pun menteri letak jawatan. Kalah bersukan pun menteri letak jawatan. Majlis bandaran salah tanam pokok, menteri letak jawatan. Sangat berbeza dengan negara kita Malaysia ni. Altantuya hancur lebur tak ada siapa nak letak jawatan. MH370 ghaib, tak ada siapa rasa nak letak jawatan. MH17 hancur relai, masih juga belum ada sesiapa menteri sudi letak jawatan. Kapal tangki ghaib dari laut saujana luas pun masih tak ada siapa rasa nak letak jawatan. Apalah sangat takat kencing di puncak kinabalu. Lagilah tak ada orang nak letak jawatan. Masing-masing sibuk dok kira tang mana lagi rakyat jelata nak dikenakan kutipan. Kita jugak yang kena kencing huhuhuhu

Barangkali kuasa menteri di negara kita hanyalah masak nasi goreng tanpa gst, bersuka hilai ketawa bila nilai ringgit turun. Itu aje lah kot!!

Jomlah kita pi beli lobster…lobster tadak gst. Kerabu lobster makan dengan nasi beras bashmati (tadak gst) sedappp woooo. Cicah budu pun boleyyyy. Jommmmm, selamat bersahur!!

Awal benarnya nak sahur. Sila sahur di akhir waktu ya, sila kutip pahala banyak-banyak. GST akhirat tu. Jom terawih dulu!!!

Bonus Raya Penjawat Awam

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan bonus raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah. Pesara kerajaan pula menerima pencen raya dengan bayaran berjumlah RM250. Kedua-dua pembayaran bonus raya ini akan dibuat pada 25 Jun 2015.

Alhamdulillah. Mek dan ayah dah dapat duit raya tu. Tinggal nak kumpul duit beli kerepek berguni-guni je lagi. Maklumlah, anak buah aku kan ramai, mulut pulak tak berenti mengunyah. Tiap sorang usung satu balang kerepek. Jadi, memang kena beli dua tiga guni baru cukup.

Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini. Kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka.

Filem Pendek Iran

Diarahkan oleh Teymour Ghaderi, drama pendek ini menekankan harapan dan persahabatan antara dua insan yang dahagakan pendidikan.

Pomegranate Is The Fruit of Paradise atau Delima dari Syurga mengisahkan tanggungjawab besar yang dipikul oleh seorang budak lelaki yang menjadi guru kepada sahabat baiknya sendiri. Di kampungnya yang terpencil tidak ada sekolah yang didirikan di situ. Di kampung tersebut hanya ada seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan dan lebih malang lagi, keluarga budak perempuan itu tidak membenarnya bersekolah. Budak lelaki itu pergi ke sekolah di kampung lain dan cuba untuk mengajarnya.


Pomegranate Is The Fruit Of Paradise



Filem pendek ini menerima banyak pengiktirafan, antaranya;

• Yılmaz Güney short film festival, London 2012- best film
• Tampere International Short Film Festival 2013- Diploma of Merit
• Uluslararası İzmir Artemis Film- Turkey 2013- Jury Award
• Písek International Student Film Festival in Czech 2013- best film Human Rights
• Seoul International Youth Film Festival 2014- Artistic Experiment Award
• Montreal International Film Festival 2014
• Yılmaz Güney short film festival, Turkey 2015- best film

PssT: aku memang suka tengok filem-filem dari Iran ni. Isinya BESAR walaupun kerapnya watak anak-anak kecil ditonjolkan.

Selasa, 16 Jun 2015

Artis Malaysia Yang Bertudung

Semakin ramai artis Malaysia bertudung. Kalau nak senaraikan memang panjang. Irma Hasmie. Puteri Sarah Liyana. Yatt Hamzah. Abby Abadi. Memey Suhaiza. Noryn. Siti Nurhaliza. Ziana Zain. Neelofa. Shila Amzah. Elfira Loy. Cik Ta. Terkini, sempena Ramadhan, Erra Fazira dan Amy Mastura pun dah bertudung. Alhamdulillah.

Artis ni memang dah sedia cantik. Bila bertudung, lagilah Nampak cantik. Erra Fazira sendiri mengakui perubahan positif dalam dirinya bila bertudung. Harapnya, selepas ni, anak Erra Fazira, Engku Elisya juga akan bertudung. Orang kata, mulakan sejak kecil…lama-lama nanti terbiasa dan selesa.

Ikut pengakuan Erra Fazira, beliau rasa lebih tenang selepas berubah bertudung. Alhamdulillah.

Jom kita tengok siapakah 20 orang artis Malaysia yang dah bertudung;



Aku gembira dunia hiburan di Malaysia semakin berubah. Nak jadi artis serba boleh tak semestinya perlu seksi dan seksakan diri macam Pamela Anderson ya dak? Kita doakan mereka istiqamah untuk bertudung dan jalani kehidupan sebagai muslimah menutup aurat. Doakan yang baik-baik aje. Bukan mudah untuk mereka jalani kehidupan sebegitu, sekurang-kurangnya mereka ada keinginan untuk tambahbaik kualiti hidup ke arah yang lebih baik.