Bila tiada lagi bahu untuk bersandar, usahlah terlalu berduka kerna…kita masih ada dahi untuk bersujud.
Usahlah terlalu menyimpan harapan yang tinggi orang keliling akan memahami, kerana sebenarnya kita bukanlah sesiapa untuk difahami. Ngabihkan boreh aje!!!
|
dia tetap dipanggil siput babi walaupun tak ada kaitan dengan babi...jangan
membabi buta nak tukar namanya jadi siput khinzir, tetap babi jua disebut orang |
Bila cara hidup kita berbeza dengan orang, jangan dok gedik nak bercampur sangat…diri juga yang terluka. Bebatlah sendiri lelas luka itu.
Selamat hari Isnin. Moga hari Isnin yang ini memberi lebih banyak makna baru untuk hala tuju hari mendatang. Hati, kuatlah!!
PssssT: ini entri sedar diri, tak ada kaitan dengan orang lain.