Khamis, 25 September 2014

Keputusan PRK Pengkalan Kubur Kelantan


Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor bermula sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka tepat pukul 8 pagi tadi. Dalam pemilihan kali ini, seramai 23,929 pengundi yang berdaftar di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor layak membuang undi bagi menunaikan tanggungjawab mereka. Sebanyak 11 pusat pembuangan undi dibuka pada jam 8 pagi.


Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail akan membuang undi di SMK Simpangan manakala calon PAS akan mengundi di SK Bendang Pa' Yong.

Keputusan PRK Pengkalan Kubur Kelantan diumumkan malam ni. Siapa yang menang dalam PRK Pengkalan Kubur nanti diharap menjalankan amanah kami rakyat marhaen ni ya…

Keputusan Pilihanraya Dun Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor:

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti sebanyak 2,635 undi.

Mat Razi Mat Ail (BN): 9,991 undi
Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS): 7,326 undi.
Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS): 38 undi.


Selamat bertugas ya, YB. Sila tunaikan segala janji.



Rabu, 24 September 2014

Kereta Berhias Abang Badut Sambut Merdeka

Kejadajian berlaku pada hari Kebangsaan 31 Ogos 2014 lepas, di Sungai Petani Kedah.

Nampak comey je kereta badut berhias bendera ini. Ada bunyi-bunyian lagu yang kuat pulak tu...ingatkan datangnya dari mana, rupanya dari kereta comel abang Badut;


Pandangan sisi kereta abang Badut nak sambut merdeka...tak nampak jelas wajah encem abang Badut ;)


Mmmmmm teringin nak ada kereta comel ni...kaler ijau katak pisang hu hu huhu hu berangan je lah aku mampu!

Tak payah bayar kan?

Rabu, 17 September 2014

Teganung Kiter, Saper Buleh Lawang!


Hebatnya bahasa Trengganu kita;


kalu dok pahang lagi dok tau lah nok khabor lagu mana lagi hu hu huhuhu

Selasa, 16 September 2014

Antara Wira, Pejuang Dan Petualang

Pakar sejarah Prof. Ramlah Adam berbicara tentang perjuangan menentang British dan menuntut kemerdekaan, semoga kita tidak buta sejarah;

Bukit Kepong: Siapa wira Sebenar? Prof Ramlah Adam (part 1)



Negeri Melayu tidak pernah dijajah oleh British tetapi British ambil alih pentadbiran Negara. Ketua-ketua Negara masih lagi kekal tetapi dah jadi boneka. Portugis jatuhkan hanya Bandar Melaka, bukannya empayar Melaka. Kerajaan diasaskan Melaka masih meneruskan pentadbiran gaya Melayu. Yang hilang kuasa adalah pembesar-pembesar Melayu yang dipegang oleh pembesar British.

Namun begitu, ada juga pendapat beliau tu aku tak setuju.

API lebih awal diharamkan berbanding Parti Komunis Malaya.

Bukit Kepong: Siapa wira Sebenar? Prof Ramlah Adam (part 2)



Prof Ramlah Adam menyimpulkan bahawa Mat Indera bukannya pejuang. Bagaimana dengan kita?

Ada sesiapa nak iktiraf Cheng Peng sebagai pejuang?


Isnin, 15 September 2014

Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Kekasih Waktu Pada Bulan Zulkaedah


Malaysia memang aman damai. Meriah sepanjang masa, terutama berkaitan hari raya. Walaupun Syawal dah berlalu dan menjangkau Zulkaedah, masih juga ada yang ambil kesempatan untuk bertemu beramah mesra eratkan ukhwah.

Pada ulangtahun kemerdekaan 31 Ogos 2014, aku berkesempatan hadiri tertemuan mesra digelar Sepetang Bersama Kekasih Waktu bertempat di Homestay Courtyard, Sungai Petani;



Sebenarnya teman Cik Bintang jumpa penulis kesayangannya; Noor Suraya dan Imaen. Aku ikut ajelah…boleh makan sambil jumpa orang glamer. Mana tahu, kot nanti ada tempias glamer mereka jadi aura huh u huhu

geram nak baca kitab tebal tu...tahan je hati!

Kali pertama muncul di Sungai Petani


Petang tu Cik Bintang dapat novel terkini Kak Noor Suraya, Kekasih Waktu. Aku suka covernya yang manis tu, buku notanya lagi manis;


jelita tak buku nota kekasih waktu ni?


Aku ni hanya menyebok majlis orang je. Banyak juga aku ambil gambar, tapi tak boleh nak letak sangat di blog sebab libatkan wajah orang lain. Lainlah kalau tuan empunya diri izinkan. Tak dapat keizinan sesiapa ni, jadi aku letak aje lah wajah tuan rumahnya iaitu Noor Suraya dan Imaen;


Penulis Kekasih Waktu, Noor Suraya sibuk tanda tangan autograf peminat

Penulis Imaen...tempayan besar di belakang tu buatkan nostalgia kembali...ohhhh tradisi tu

antara novel Noor suraya, Imaen terbitan Jemari seni

hadiah untuk cabutan bertuah...sapa lah yang bertuah tu!

hadiah cabutan bertuah....wangi tak?

teramat comel hingga sayang nak buka dan makan...

boleh telefon kalau berminat nak bermalam di homestay courtyard Sungai Petani

Bagi peminat kak Noor suraya dan Imaen, satu majlis bertemu Kekasih Waktu acara minum teh kashmiri bersama kekasih waktu juga bakal diadakan di syeksen 4 bangi khusus kepada sesiapa yang dah baca novel Kekasih Waktu tu. Aku pun dah baca, tapi hanya halaman akhir sahaja.


Kalau aku mula baca, risau kerja skulah tak siap. Jadi pendamkan aje dulu hasrat tu.