Mereka Ini Sangat Berani
Ya…mereka sangat berani untuk berhijrah dan berusaha untuk berubah. Mereka ini pejuang. Berjuang untuk berubah dengan menguatkan azam. Berjuang untuk melawan diri sendiri itulah yang paling susah. Maklumlah, setan memang suka menghasut tiap kali kita buat baik (Itu pengalaman aku lah tu). Bila kita nak buat jahat, bukan main seronok lagi setan dok menyokong dengan macam-macam alasan yang Nampak macam munasabah benar!
Sebelum ni, aku pernah tulis beberapa entri kisah Kajol (penyanyi dikir barat), Doakan Kajol ya… tukar jantina dan kos tukar jantina. Sebenarnya banyak lagi…malas nak godek-godek semula.
Kalau baca Metro semalam, akan jumpa kisah dan pengakuan seorang bekas pondan @ mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, atau Erin yang dah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.
Dia berada dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.
Akibatnya, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang. Kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.
Sama-samalah kita harapkan golongan ini berjaya berdepan dengan cabaran mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari kita dok kutuk mereka dengan pelbagai perkataan, ada baiknya kita turut menyumbang dan menerima golongan ini yang berhasrat untuk kembali dalam masyarakat kita.
Moga lebih ramai lagi golongan maknyah @ pondan ini menjadi lelaki sejati semula. Kembali ke pangkal jalan dan mulakan hidup baru. Sebagai manusia, kita memang tak lepas dari buat silap, namun, kehebatan kita yang sebenar adalah mengakui kesilapan itu, membetulkannya semula dan tidak lagi ulanginya. Lebih hebat lagi, kita mampu pula mengajak orang lain untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan. Aminnnn.