Khamis, 20 Disember 2012

Orang Kenamaan Rugi RM2 Juta


Sebuah banglo dua tingkat milik seorang kenamaan di Petaling Jaya, dipecah masuk, malam semalam, dan mengakibatkannya kerugian kira-kira RM2 juta, selain sepucuk pistol dan 62 biji peluru turut hilang.

Mangsa yang berusia 70 tahun berkata, kejadian berlaku ketika beliau dan lima penghuni lain termasuk seorang pembantu rumah keluar menghadiri satu majlis sejak jam 3 petang dan hanya kembali tengah malam tadi.

Ketika tiba di rumah, didapati tingkap dapur terbuka dan selepas masuk ke dalam rumah beliau dapati tiga bilik tidur di tingkat atas diselongkar dan enam utas jam tangan berjenama, barangan kemas, koleksi syiling emas serta wang tunai yang disimpan dalam peti keselamatan telah hilang termasuk juga beberapa gajet elektronik seperti iPad, kamera dan komputer.

Ingatkan RM2 juta tu simpan dalam bentuk tyunai macam kes yang berlaku di Sarawak hari tu. Berjuta-juta mereka ni simpan duit kat bawah bantal ya…apa kata hulur sikit kat kami masyarakat marhaen ni, dah hujung tahun banyak pulak kos kena tanggung kan? Mmmmm musim hujan pulak tu, bumbung pun bocor sana sini…ingatkan tinggal di negeri paling miskin sahaja bocor bumbungnya, berada di negeri paling maju pun masih sama juga huh u hu sila anggap ini catatan penghujung bulan di akhir tahun!

Tahniahlah kepada pelajar-pelajar yang sedang meraikan kegembiraan mendapat banyak-banyak A dalam peperiksaan Menengah rendah PMR yang dah diumumkan keputusannya siang tadi (Nampak sangat entri ni tulis semalam kan?)

Ramai mak dan bapak-bapak yang berdebar-debar mengalahkan anak-anak. Anak-anak Nampak cool je, buat tak tahu dan gembira nak jumpa kawan-kawan…dan makcik ni pulak berdebar-debar juga.

Setiap tahun, anak buah yang ambil peperiksaan akan tahu yang makcik mereka ni akan beri hadiah mengikut berapa banyak nilai A yang mereka dapat. Setiap satu A berjumlah RM100. Bayangkanlah kalau semua dapat A, memang rabak makcik huh u huhu.

Makcik nak menyesalpun tak guna sebab kalau tawaran tu ditarik balik, nanti mereka akan kata “tak adil @ tak aci” sebab yang dah lepas tu boleh dapat. Bila sampai je masa dia orang nak pulun amik periksa, tetiba hadiah dah tarik balik kan? Jadi…dengan penuh istiqamahnya, makcik kenalah bertahan walaupun kali ni dua orang serentak anak buah ambil peperiksaan PMR. Kalau dua-dua orang SCORE A semua…demam tak kebah makcik dia ni…

Errrr…bayaran boleh tunda tak?




Rabu, 19 Disember 2012

Musim Cinta Telah Berlalu?


Musim buah dah sampai ke hujung tak? Hujung minggu nanti nak ambil peluang untuk cari durian, sementara tu, jomlah kita berseronok dengan cinta yang bermusim ni;




Entah kenapa suka melodinya...macam menari-nari hati di dalam setiap kali dengar lagu ni walaupun sepatutnya lagu ni sedih;

Musim Cinta: nyanyian Aman Shah

Musim cinta telah berlalu
Kau pergi dan lukakan hatiku
Musim cinta telah berlalu
Kau pergi dan tinggalkan kenangan

Biar daku alami
Gelombang pahit cinta hidupku
Biar daku selami
Lautan racun cinta menanti
Musim cinta telah berlalu
Kau pergi dan tinggalkan kenangan


Lirik & lagu Musim Cinta Aman Shah


Selasa, 18 Disember 2012

AirAsia didenda A$200 ribu


Orang kita, guitulah. Kalau komplen berbuih mulutpun buat tak taupun. Kalau orang luar yang komplen, baru nak ambil tahu. 

aku ajepun dah tiga empat entri...ni yang sempat aku jumpa. nak baca?

Itu belum lagi kisah aku mandi kopi puteh dalam penerbangan...tang mana tah dia ...ok mandi kopi puteh bersauna di udara

Ini kisah Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.

Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 di Mahkamah Persekutuan Melbourne hari ini kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia berkata kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori "dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal".

Denda itu membabitkan penerbangan antara Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou dan Chengdu, serta, dari Perth ke Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh City dan Hangzhou dan dari Gold Coast ke Ho Chi Minh City.

Bezanya kita dengan orang luar adalah SAMAN. Kalau ikutkan, dah ramaipun rakyat Malaysia menceceh komen itu itu pasal Airasia…namun, selagi kita tak saman, semua cadangan, komen atau aduan tu ada mereka kesah?

Akhirnya kita juga kena mengalah bila ada mulut tak insuran kata “Kalau tak puas hati, tak payahlah guna,”

Mmmm apa-apalah labu!


Wanita Malaysia Ramai yang Curang?


Kalau baca Mstar hari ni, akan terjumpa artikel yang mengulas tentang 39 Peratus Wanita Berkahwin Curang Terhadap Pasangan seperti didakwa media baru-baru ni. Namun begitu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan itu.

Soalnya benarkah 39% golongan wanita kini berlaku curang kepada pasangannya? Soalnya juga, benarkah peratusan itu tidak benar sama sekali?

Ikutkan kata Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian; 41.8 peratus kes perceraian kerana tiada persefahaman, pasangan curang dan enggan dimadu sebanyak enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.

Bagi kes kaunseling, punca utama perceraian disebabkan; kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin.

Siapa nak mengaku curang? Cer angkat tangan!
Mak Menteri kata, curang bukanlah faktor utama penceraian. Mmmmm ada sesiapa TERniat nak curang tak??? Ish! Ish! Ish! tak baik tauuuuuu!

Beliau juga berkata kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.

Pegangan agama sangat penting tak kira zaman mana kita hidup. Selagi kuat pegangan agama, banyak perkara tak elok seperti curang, skandal atau hubungan terlarang dapat dielakkan. 









Jumaat, 14 Disember 2012

Penyakit Mata Lalat: Bergaduh Tak Habis!


Kepada manusia, ada 3 “benda penting” dalam kehidupan seharian mereka iaitu;
1. Apakah “benda” yang penting
2. Masa bila yang penting
3. Siapa yang penting




Peluang hanya datang sekali, itulah masanya. Lakukanlah sekarang!